Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN: PENGARUH MEDIA SOSIAL KEPADA ANAK

'Saya bukan anti-IT tapi perlu hati-hati'

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu bapa dalam era di mana media sosial mempengaruhi kehidupan pada tahap yang mengundang keprihatinan, bagaimanakah kita mengajar anak-anak kita supaya menggunakan wadah perhubungan ini secara sederhana dan secara pintar?



Perkara ini sering berligar-ligar di minda saya dan isteri, walaupun kededua anak-anak, masih terlalu kecil dan masih belum mendapat 'lesen' untuk memiliki telefon bijak.



Saya bukan antiteknologi, tapi saya prihatin dengan cara media sosial digunakan pada masa ini dan kesannya pada minda muda.



Melebihi keprihatinan berhubung isu privasi, apakah nilai-nilai yang disalurkan menerusi jutaan pos media sosial, yang banyak mengandungi elemen syok sendiri yang menyamar sebagai bahan pengetahuan am.



Satu kajian yang dijalankan oleh pusat kajian mapan, Pusat Penyelidikan Pew pada 2018 mendapati 45 peratus remaja berusia antara 13 tahun dengan 17 tahun berada di dalam talian sepanjang hari dan 97 peratus daripada mereka menggunakan media sosial.



Kajian ini, yang melibatkan sekitar 750 peserta mungkin tidak boleh mewakili semua remaja yang menggunakan Internet, tetapi memberi sedikit gambaran tentang kesan media sosial.



TIDAK SEMUANYA NEGATIF



Tidak semuanya negatif, sebenarnya.



Antara manfaat media sosial ialah ia membolehkan anak muda mencipta identiti dalam talian, berhubungan dengan orang lain dan membina rangkaian sosial.



Rangkaian sosial ini boleh bertindak sebagai wadah sokongan yang amat bernilai, terutama bagi mereka yang berasa terpencil, kurang upaya atau mengalami penyakit kronik.



Anak muda juga menggunakan media sosial bagi tujuan hiburan dan untuk meluahkan perasaan.



Media sosial juga berperanan mendedahkan anak muda kepada ehwal semasa, dan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang merentas sempadan dan bagi pelbagai topik.



Sebaliknya ada beberapa cara media sosial boleh memberi kesan negatif kepada remaja, seperti mengganggu tidur dan kehidupan sosial mereka, mendedahkan mereka kepada perbuatan membuli dan memberikan pandangan dunia dan kehidupan orang lain yang kurang realistik.



Malah, dua kajian melibatkan hampir 20,000 peserta yang dijalankan di Amerika Syarikat pada 2019 menunjukkan anak muda berusia 12-15 tahun yang meluangkan masa lebih tiga jam di media sosial terdedah kepada risiko mengalami masalah kesihatan mental yang lebih tinggi.



Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan beberapa kajian lain yang mengaitkan penggunaan media sosial yang kerap dan banyak dengan simptom kemurungan dan keresahan.



JEJAS KESEJAHTERAAN MENTAL



Dalam kalangan orang muda lebih dewasa, seperti mahasiswa pula, penggunaan sosial media yang berterusan boleh dikaitkan dengan rasa tidak puas hati dengan hidup sendiri, kerana mereka menganggap kehidupan orang lain lebih menggembirakan.



Ada pakar juga mencadangkan mereka yang cenderung memuat naik kandungan di media sosial menanggung risiko lebih tinggi memuat naik gambar intim yang tidak seharusnya dikongsi kepada awam dan ini boleh mengundang perbuatan buli dan masalah lain.



Dapatan kajian ini mencetus keprihatinan, kerana ia menunjukkan trend bahawa penggunaan media sosial oleh anak muda boleh menjejas pandangan mereka tentang hidup dan juga menjejas kesejahteraan mental mereka.



Namun, pada masa yang sama, adalah tidak wajar kita mengekang 100 peratus penggunaan media sosial dalam kalangan anak mereka.



Dari sudut pandangan ini, ibu bapa wajar menjadi 'gatekeeper' atau pelindung yang menyekat akses kepada anak-anak.



Tapi cara kita membuat demikian perlu berubah.



Dahulu, adalah mencukupi bagi ibu bapa melarang anak-anak daripada keluar rumah atau bermain di kolong blok untuk 'melindungi' mereka daripada pengaruh luar yang tidak diingini.



Tapi kini, anak-anak kita boleh dipengaruhi sesuatu yang boleh ditonton di YouTube menerusi telefon bimbit anda dan daripada bilik tidur.



Mungkin langkah pertama bagi ibu bapa yang ingin mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak mereka adalah untuk menimba seberapa banyak pengetahuan mengenai perkara itu, supaya pengetahuan ini dapat dikongsi dengan anak-anak.



Proses ini berterusan dan mungkin tiada akhirnya, sehingga anak-anak menjangkau usia dewasa.



Taktik yang digunakan oleh ibu bapa juga perlu diubah-ubah, mengikut keadaan dan perkembangan minda anak-anak.



Bagi saya dan isteri, taktik kami buat masa ini adalah untuk bertahan dan tidak memberikan lesen telefon bimbit kepada anak seberapa lama yang masih termampu.




"Saya bukan antiteknologi, tapi saya prihatin dengan cara media sosial digunakan pada masa ini dan kesannya pada minda muda.
Melebihi keprihatinan berhubung isu privasi, apakah nilai-nilai yang disalurkan menerusi jutaan pos media sosial, yang banyak mengandungi elemen syok sendiri yang menyamar sebagai bahan pengetahuan am.''
- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >