PANDANGAN: KOMENTAR

Sebab pengganas siar langsung imej pembunuhan

PADA 15 Mac 2019, New Zealand dan dunia dikejutkan oleh seorang warga Australia yang menggelarkan dirinya fasis, menyerang dua masjid dan menembak para jemaah, membunuh 49 orang.

Brenton Tarrant merakam dan menyiarkan pembunuhan itu secara lintas langsung menerusi laman Facebook. Apakah tanda atau amaran tindakan keganasan terbaru ini oleh supremasi Barat (supremasi kulit putih) dan pengekstrim kanan ini?

Pada 15 Mac 2019, Brenton Tarrant, seorang warga Australia menggelarkan dirinya fasis, menembak para jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, membunuh 49 jemaah.

Tarrant merakam dan menyiarkan secara lintas langsung pembunuhan itu menerusi laman Facebook mengguna kamera helmet.

Sebelum serangan itu, beliau juga meninggalkan manifesto setebal 74 muka surat di akaun Twitter yang memberi butiran tentang kebenciannya terhadap pendatang, orang Islam dan Yahudi, dan beliau menerangkan tindakan-tindakannya hendak melindungi "tanah air kita" dari "penyerang".

Taktik yang digunakan oleh pengekstrim ganas kanan dan supremasi Barat seperti Tarrant membunuh individu di tempat-tempat ibadat bukan baru:

  • Februari 1994, pengekstrim Yahudi kacukan Amerika-Israel, membunuh sembilan jemaah di masjid Hebron, di West Bank;
  • Jun 2015, seorang supremasi Barat membunuh sembilan individu di sebuah gereja hitam di South Carolina, Amerika Syarikat;
  • Februari 2017, seorang lagi supremasi Barat membunuh enam orang di sebuah masjid Quebec, di Canada;
  • Oktober 2018, seorang supremasi Barat anti-Semetik membunuh 11 orang di sinagog Tree of Life di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

LOGIK MENYIARKAN SECARA LINTAS LANGSUNG IMEJ MEMBUNUH

Apa yang membuat tindakan keganasan terbaru di New Zealand ini ketara bukan sahaja jumlah mangsa, tetapi penyerang menyiarkan secara lintas langsung pembunuhan-pembunuhan itu di akaun media sosial.

Tetapi di sini, rakaman grafik aksi-aksi kejam bukan unik; anggota-anggota gerakan radikal Islam, ISIS, terkenal dengan rakaman, dan kemudian memuat naik, video- video memenggal kepala dengan kejam.

Orang bijak dari pengajian keganasan menerangkan logik merakam dan memuat naik imej pembunuhan menerusi media sosial daripada dua sudut besar:

Pertama, sebagai taktik untuk mendapat perhatian daripada masyarakat awam yang sudah biasa dengan keganasan dan pengganas; dan kedua, sebagai satu cara untuk meningkatkan kejutan dan drama keganasan, lantas menimbulkan rasa takut yang meningkat di kalangan orang-orang dalam kumpulan yang disasarkan.

Saya hujahkan ada dua sebab tambahan bagi taktik menyeramkan ini yang boleh disimpulkan sebagai berikut: mainan kuasa, merakamkan imej kekejaman meningkatkan kepentingan keganasan daripada sekumpulan kecil pahlawan yang tidak konvensyen, kepada perang lebih besar yang boleh bersaing dengan gambaran kekejaman yang kita jangkakan daripada perang konvensyen.

Kedua, penyebaran imej rakaman terhadap aksi-aksi kejam bertujuan mengecil dan menghilangkan sifat manusia mangsa-mangsa.

Pertimbangkan, misalnya, taktik ISIS dalam memenggal kepala mangsa-mangsanya dan meletakkan kepala yang sudah dipenggal itu pada badan mereka. Imej ini, saya hujah, sejenis ikonografi yang bertujuan, bukan hanya untuk menghasilkan penolakan bagi gambaran yang mengejutkan, tetapi juga untuk mencerminkan mangsa yang lemah dan tidak berkuasa.

LOGIK MENGHILANGKAN SIFAT MANUSIA

Rakaman aksi-aksi kejam menghilangkan sifat kemanusiaan mangsa dan memaparkan mereka sebagai lemah dan 'lebih kurang' daripada manusia lain.

Bahasa merendahkan diri orang lain juga satu cara lain menghilangkan sifat manusia.

Sebagai contoh, Adolf Hitler merujuk orang Yahudi sebagai ular dan lintah. Heinrich Himmler - seorang ketua terkemuka bagi parti Nazi dari Germany - merujuk pada orang Yahudi, homoseksual dan gipsy sebagai orang bahaya.

Rush Limbaugh - seorang penyokong sayap kanan Amerika - merujuk pada banduan Iraq di Abu Ghraib sebagai 'sub-human', pangkat lebih rendah daripada manusia.

Presiden Filipina terkini, Rodrigo Duterte memberi alasan untuk menyembelih penduduk kampung ghetto dan merujuk mereka sebagai "sampah dadah".

Presiden Donald Trump didakwa merujuk kepada pendatang haram sebagai "binatang, bukan manusia".

Taktik menghilangkan sifat manusia lain - tidak kira menerusi imej grafik yang tampil aneh dalam kekejaman, atau menerusi bahasa merendahkan diri manusia - ialah satu usaha untuk memujuk hati nurani moral sekumpulan (tidak kira pengundi sebuah negara atau rekrut potensi untuk kumpulan ekstrem).

Dengan mencerminkan musuh sebagai kotor, bahaya atau kurang kemanusiaan, harapan mereka ialah untuk mendapatkan rasa simpati untuk kekejaman yang dikenakan terhadap mereka.

Pembunuhan siaran lintas langsung, seperti di New Zealand, menawarkan satu lagi elemen menghilangkan sifat manusia, kerana imej yang disiarkan secara lintas langsung bak seperti permainan video ganas, dan mengurangkan graviti kekejaman.

DARI POPULISME SAYAP KANAN KE POPULISME TOKSIK

Taktik menghilangkan sifat manusia lain ialah perwatakan populisme sayap kanan ekstrem. Populisme juga difahami sebagai sikap politikal yang mewakili orang-orang biasa. Tetapi pemahaman ini tidak mencukupi kerana semua ahli politik mencari untuk mewakili orang, tetapi bukan semua ahli politik adalah populis.

Sains politik dari Princeton, Jan-Werner Muller, berhujah bahawa yang membezakan populis daripada ahli politik lain ialah populis mempersembahkan agenda mereka dalam terma-terma 'moral'. Hingga rujukan pada moral secara universal melenyapkan bantahan moral kita terhadap keganasan dan kekejaman, taktik populis mengenal pasti kebencian dan keganasan sebagai toksik buat masyarakat.

Ia toksik kerana dalam menyamar ia sebagai penting dan moral, ia sering berjaya dalam mengalih perhatian negatif, membenarkan populis untuk pergi demi mengorbankan manusia.

Pujukan ganas supremasi Barat sayap kanan, sebagai langkah melindungi terhadap pencemaran budaya dan bangsa dalam masyarakat mereka, tiada beza daripada pujukan Al-Qaeda menentang hak 'ummah', atau pujukan ISIS bahawa khalifah adalah sistem 'benar' yang mempersembahkan orang Islam.

Populis yang membentuk naratif membenci dari segi moral adalah toksik kerana dalam mencetus keganasan dan kekejaman, mereka menjadi ancaman pada orang-orang yang mereka dakwa mereka akan wakilkan.

MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF

Strategi menghilangkan sifat manusia menerusi bahasa merendahkan diri orang lain atau imej kejam membuat penonton (atau orang di tepi jalan) tidak sensitif, lalu menjadikan keganasan dan kekejaman sesuatu yang normal.

Kerosakan besar dalam taktik ini ialah ia mengakibatkan kurang keprihatinan terhadap kebangsaan dan tidak berperikemanusiaan bagi sayap kanan dan populis toksik di kalangan penonton.

Akibatnya ialah bukti bahawa sifat tidak berperikemanusiaan dan tiada moral bagi gerakan dan kumpulan sayap kanan berhenti terhadap mangsa-mangsa polisi dan gerakan demikian. Ini bermakna orang-orang yang terancam dengan keganasan dibebankan dengan tanggungjawab membocor rahsia.

Ini menggalakkan kekejaman dan keganasan di kalangan gerakan dan kumpulan sayap kanan, kian penonton yang disasarkan sering menjadi senyap.

  • Penulis Penolong Profesor dalam Program Pengajian Strategik, dan Pengurus Kajian dan Pencetakan di Pusat Antarabangsa bagi Kajian Pengganasan dan Keganasan (ICPVTR), sebuah unit Sekolah S. Rajaratnam bagi Pengajian Antarabangsa (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Komentar ini pertama kali diterbitkan RSIS Publication pada 19 Mac lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.