Topik diikuti
Pergi ke BHkuSemangat Kiai Zuhri sentiasa di Irsyad

Aug 12, 2014 | 6:00 AM
Semangat Kiai Zuhri sentiasa di Irsyad
SEKITAR 67 tahun lalu, pada 1947, Kiai Haji Ahmad Zuhri Mutammim menggembleng tenaga asatizah muda di bawah bimbingannya untuk membangunkan Maahad Irsyad, yang sekarang dikenali sebagai Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah.
Dengan Ustaz Basri Sapran berperanan selaku pengerusi, manakala Ustaz Idris Ahmad selaku mudir - kedua-duanya pelajar bimbingan Kiai Ahmad Zuhri - mereka memulakan perjuangan membimbing masyarakat Islam di Kampung Quarry.