Premium
Sepakat kata ‘tidak’ pada dadah, tolak pengaruh luar
May 19, 2024 | 5:30 AM
Sekumpulan relawan IM Volunteers Network SG (berpakaian baju polo hitam) menjalankan rondaan di kawasan Woodlands pada Jun 2023 untuk menyebarkan mesej antidadah kepada belia yang beriadah di situ. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Demi mengetahui lebih lanjut tentang isu dadah di sini, saya pernah ikut sekumpulan relawan yang dibentuk anggota akar umbi dan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) bersemuka ahli keluarga pesalah yang baru dimasukkan ke dalam penjara.
Mereka bertanggungjawab mengongsi saluran bantuan yang ada dari pemerintah dan pertubuhan masyarakat sepanjang dan sesudah tempoh hukuman pesalah itu.
Kerja itu nampak ‘mudah’, namun sebenarnya boleh menggugat emosi.
Laporan berkaitan
Hukuman mati berkesan dalam ‘perang’ S’pura terhadap pengedar dadah: ShanmugamMay 8, 2024 | 7:42 PM
Shanmugam: Aktivis cuba ganggu proses keadilan hukuman matiMay 8, 2024 | 4:13 PM


