Premium
Seruan sambut Ramadan dengan kurangi bazir makanan
May 13, 2019 | 5:30 AM
SEBAHAGIAN negara dan pertubuhan Islam menyambut Ramadan yang jatuh sama ada semalam atau hari ini dengan menyampaikan pesanan supaya mengurangkan pembaziran makanan, sekali gus membantu melestari alam sekitar.
Malaysia, umpamanya, melancarkan kempen 'Ramadan Tanpa Pembaziran' sempena bulan puasa ini didorong oleh jumlah besar pembaziran makanan dan dana yang diperuntukkan bagi pengurusan sisa pepejal setiap tahun di negara itu.

