Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Setapak lebih dekat capai impian jadi jurutera pesawat

Dec 30, 2019 | 05:30 AM



SEJAK di sekolah menengah lagi, Cik Nur Raudhah Yazit sedar kekuatannya bukan terletak pada mata pelajaran bahasa, tetapi pada matematik dan sains.



Lantas, bekas pelajar aliran Normal (Teknikal) di Sekolah Menengah Xinmin itu memilih meneruskan pendidikan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setelah selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N'.



"(Subjek) bahasa saya lemah, jadi saya tak boleh duduki peperiksaan Peringkat 'O', tapi bagi subjek lain semua saya dapat gred A.



"Sejak menengah satu lagi saya sedar kekuatan saya terletak pada matematik dan sains... sebab saya suka selesaikan masalah," kata Cik Raudhah, 20 tahun, ketika dihubungi.



Bagi peperiksaan GCE Peringkat 'N', beliau meraih gred A bagi mata pelajaran matematik, sains, Elemen Kemahiran Perniagaan dan Aplikasi Komputer, serta gred A2 bagi kertas matematik peringkat Normal (Akademik).



Berbekalkan kekuatannya itu, Cik Raudhah mengikuti kursus Avionik Aeroangkasa di ITE Kolej Central dan lulus pada 2017.



Kini, beliau, yang merupakan pelajar tahun kedua jurusan Kejuruteraan Aeronautik di Politeknik Singapura (SP), setapak lebih dekat mencapai impiannya menjadi jurutera pesawat.



Katanya: "Di ITE saya belajar bagaimana hendak memperbaiki enjin pesawat dan saya teruskan pelajaran di politeknik pula sebab minat dalam industri ini.



"Saya sedar tak cukup hanya bekerja sahaja (selepas tamat ITE), saya nak tahu lebih banyak dan lebih lanjut lagi.



"Apabila mula di politeknik memang susah sebab teorinya banyak, tapi saya ada sekumpulan kawan yang sama-sama membantu dan memberi dorongan kepada satu sama lain."



Menurut anak bongsu dua beradik itu, beliau juga sering mendekati pensyarahnya untuk meminta bantuan dalam pelajaran.



Beliau turut menasihati pelajar yang mungkin mengambil jalan serupa sepertinya agar tidak berhenti bekerja keras dan selalu terbuka menerima nasihat atau bantuan orang lain.



Setelah berjaya menggenggam diplomanya kelak, Cik Raudhah mahu menimba pengalaman pekerjaan pula dalam industri yang amat diminatinya itu.




"Saya sedar tak cukup hanya bekerja sahaja (selepas tamat ITE), saya nak tahu lebih banyak dan lebih lanjut lagi.

"Apabila mula di politeknik memang susah sebab teorinya banyak, tapi saya ada sekumpulan kawan yang sama-sama membantu dan memberi dorongan kepada satu sama lain."

- Cik Nur Raudhah Yazit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >