Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Siap bersara semasa muda, bukan apabila sudah lanjut usia

Nov 27, 2023 | 05:30 AM



Satu dapatan tinjauan bank OCBC yang dikeluarkan pada awal November mengenai sikap menabung dan perancangan persaraan dalam kalangan penduduk setempat menarik perhatian saya.

Hasil tinjauan itu mendapati perancangan persaraan bukan menjadi keutamaan setelah inflasi menyebabkan harga barangan menjadi lebih mahal.

OCBC meninjau 2,000 orang dewasa yang bekerja – warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) – berumur antara 21 dengan 65 tahun pada Ogos.

Kajian itu mendapati hanya 60 peratus responden berkata mereka sedang mengusahakan rancangan persaraan – turun 8 mata peratusan daripada 2022.

Turut membimbangkan adalah tinjauan itu mendapati ramai mendapati sukar membangunkan dana kecemasan seperti untuk perbelanjaan perubatan besar atau memenuhi keperluan kewangan keluarga untuk tahun hadapan.

Kita disyorkan menyediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan gaji. Namun tinjauan itu mendapati 53 peratus tidak mempunyai dana kecemasan mencukupi, berbanding 46 peratus pada 2022.

Kesan kurang simpanan

Ada dua kesannya. Pertama, kita boleh menghadapi masalah menampung kos belanja harian jika diberhentikan kerja, atau jika perlu membiayai kos perubatan besar yang tiba-tiba berlaku.

Kedua, kita kekurangan dana untuk menyiapkan diri bagi menempuh waktu persaraan dan kemungkinan besar sekadar ada cukup-cukup wang untuk belanja harian apabila kita tidak lagi bekerja.

Ada mungkin menyatakan mereka ada simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan pembayaran sepanjang hayat melalui skim CPF LIFE yang bermula pada usia 65 tahun. Cuma, jika simpanan CPF LIFE tidak besar, bayaran bulanannya juga agak asas dan sederhana.

Cara rahsia menabung

Bukan rahsia besar untuk membangunkan simpanan yang mencukupi. Apa yang diperlukan adalah usaha gigih dan melakukannya secara disiplin.

Semua orang mempunyai cabaran tersendiri termasuk mempunyai tanggungan anak di samping menjaga ibu bapa yang tidak lagi bekerja.

Namun, penting untuk menyemai sikap menabung sejak muda, sejak kita bekerja dan mula mendapat gaji pertama.

Setiap kali kita terima gaji, 20 peratus dipotong pihak CPF. Bagi saya sendiri, baki gaji (bersih) yang diterima, saya ‘bayar diri sendiri’ sekurang-kurangnya 20 peratus (atau lebih mengikut kemampuan masing-masing).

Cuma, kadar 20 peratus itu bukanlah satu formula tetap. Jika kita selesa dan mampu menyimpan lebih daripada itu, contohnya 25 peratus, lakukannya secara bertahap-tahap.

Namun, usah pula menyimpan secara berlebihan sehingga kita tidak mempunyai wang belanja mencukupi.

Sumbangan kepada
ibu bapa, zakat

Satu pengajaran berharga yang saya raih sejak mula bekerja, dan ingin saya kongsi khususnya kepada pembaca muda, adalah sumbangan (semampunya) secara tetap kepada ibu bapa.

Dengan terus memberi sumbangan kepada mereka, rezeki kita akan lancar dan tidak tersekat-sekat, insya-Allah. Inilah dinamakan keberkatan rezeki.

Satu lagi adalah membayar zakat harta, memandangkan zakat itu wajib dan salah satu rukun Islam. Dengan membayar zakat, insya-Allah harta/kewangan kita akan menjadi berkat.

Pembayaran zakat harta bukan hanya buat orang kaya semata. Jika seseorang itu mempunyai harta tersimpan melebihi nisab (terkini $7,405) dan cukup haul (simpanan cukup setahun), beliau sudah wajib bayar zakat.

Usah takut membayar zakat dengan anggapan zakat akan mengurangkan kewangan seseorang. Begitu juga dengan bersedekah.

Ramai alim telah menekankan bahawa seseorang itu tidak akan menjadi miskin kerana berzakat atau bersedekah, malah sebaliknya berlaku – rezeki mereka menjadi lebih lancar.

Setelah ditolak dana ‘bayar diri sendiri’, sumbangan kepada ibu bapa, bayar zakat dan sedekah lain, bakinya kita gunakan untuk belanja harian. Namun belanjalah secara berhemat.

Ini memandangkan keadaan inflasi sekarang menjadikan banyak harga keperluan dan barangan lebih tinggi, seperti yang dinyatakan tinjauan OCBC itu.

Banyak perbelanjaan dapat dijimatkan sekiranya kita dapat kurangkan perbelanjaan besar termasuk membeli makanan dan barangan berharga tinggi. Nilai dan bezakan antara perkara yang diperlukan dengan perkara yang diinginkan.

Jika kita berjaya ketepikan wang simpanan secara tekal (tetap dan kekal), kita tidak perlu khuatir, kerana selalunya kita akan nampak simpanan meningkat dari bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Persiapkan diri awal

Justeru, dengan tinjauan OCBC itu mendapati ramai yang menghadapi kesukaran menyediakan dana kecemasan dan perancangan persaraan, kita perlu mengambil langkah segera agar tidak menghadapi dua cabaran itu.

Sikap menabung dari muda dan dilakukan secara disiplin akan membantu kita mencapai dua matlamat – mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi, dan dapat membangunkan dana simpanan untuk mengharungi waktu bersara dengan selesa.

Dan masa paling sesuai menabung dan menyimpan adalah semasa kita muda, dari mula kita bekerja dan mendapat gaji pertama. Usah sampai kita memasuki usia 50-an tahun baru kita mula tercongok-congak dan merancang untuk sediakan dana persaraan.

Pada usia sebegitu, membangun dana persaraan akan menjadi amat mencabar sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >