PEMERGIAN penggubah lagu Allahyarham Kassim Masdor pada 21 Januari lalu memang cukup dirasakan kerana ia menggambarkan pupus sudah generasi penggubah perintis hebat tanah air yang menyumbang kepada era kegemilangan muzik Melayu sejak 1950-an dulu.
Biarpun Allahyarham Kassim tidak lagi mencipta lagu baru selepas era milenium, khazanah yang ditinggalkan hasil sentuhan kreatifnya memberi impak yang besar pada industri muzik tempatan, bahkan berjaya membentuk trend muzik Melayu dengan identiti tersendiri.