SYABAS kepada Ustaz Dr Mohamed Ali kerana pencerahannya perihal salah guna istilah salaf oleh mereka yang tidak bertanggungjawab atau mungkin mempunyai agenda tersembunyi (Militan perguna ideologi Salafi untuk tujuan ganas - BH 15 April).
Penjelasan sedemikian amat perlu demi membela kekata salaf daripada pelbagai fitnah dan perspektif negatif yang cuba dilemparkan dalam tindak balas seterunya yang berang terhadap terbongkarnya tembelang pengganasan atau kepalsuan amalan batil mereka yang bertopengkan Islam.