Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

S'pura mahu jadi negara bebas cek jelang 2025

Jun 22, 2018 | 05:30 AM



Semasa berucap di majlis makan malam tahunan ABS yang ke-45 kelmarin, Menteri Pendidikan yang juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ong Ye Kung, berkata Singapura meletakkan sasaran untuk menjadi negara bebas cek pada 2025.



WARGA Singapura begitu senang menggunakan bayaran dalam talian kebelakangan ini, justeru pemerintah berharap Singapura boleh menjadi bebas cek pada 2025.



Langkah terkini ini akan membolehkan pemilik perniagaan dan pemerintah untuk menerima bayaran serta merta, tanpa memberikan butiran seperti nombor akaun bank.



Ini dibolehkan dengan lanjutan khidmat pindahan wang PayNow bagi perniagaan.



PayNow Corporate akan bermula 13 Ogos pada 8 pagi, menurut Persatuan Bank Singapura (ABS) dalam pengumumannya kelmarin.



Menteri Pendidikan yang juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ong Ye Kung, berkata kelmarin bahawa sekitar lapan daripada 10 pelanggan Singapura menggunakan bayaran elektronik, manakala tiga daripada lima peniaga menerima bayaran elektronik.



Nilai bayaran elektronik juga telah bertambah kepada lebih $10 bilion setahun.



Sementara itu, pengeluaran tunai ATM berkurangan sebanyak $300 juta setahun.



Pada 2015, pengeluaran wang tunai di ATM berjumlah sekitar 60 peratus daripada nilai transaksi bayaran elektronik.



"Ayuh kita letakkan sasaran untuk menjadikan jumlah ini 20 peratus pada 2020," kata Encik Ong semasa berucap di majlis makan malam ABS yang ke-45.



"Kita tidak perlu menjadi masyarakat tanpa tunai - masih ada yang berpendapat wang tunai berguna - tetapi kita mampu membuat transaksi dengan wang tunai yang berkurangan, dan kita tidak perlu begitu kerap ke ATM."



Bahagian penggunaan cek dalam semua pembayaran menggunakan Fast (perkhidmatan pemindahan wang antara bank secara pantas), Giro dan cek membentuk 28 peratus tahun lalu, kurang daripada 37 peratus pada 2015.



"Mari kita letakkan sasaran untuk menurunkan jumlah tersebut kepada 15 peratus pada 2020 dan menjadi masyarakat bebas cek pada 2025.



"Sweden telah melakukannya, kita juga mampu," ujar Encik Ong.



Beliau berkata terdapat juga perlindungan pengguna terhadap risiko pembayaran elektronik, dengan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bayaran baru diperkenalkan akhir tahun ini.



PayNow, yang dilancarkan tahun lalu, memudahkan pengguna membuat pembayaran melalui telefon bimbit mereka tanpa memerlukan butiran akaun bank.



Ia mempunyai sekitar 1.4 juta pendaftaran, dan hampir $900 juta telah dipindahkan melalui perkhidmatan tersebut.



PayNow Corporate melibatkan tujuh bank; Citibank, DBS, HSBC, Maybank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank dan UOB.



Encik Ong berkata: "Agensi pemerintah secara aktif meneroka penggunaan PayNow buat pengagihan lain."



Awal tahun ini, Kementerian Pendidikan (MOE) telah membuat percubaan untuk mengedarkan Anugerah Edusave kepada pelajar melalui PayNow.



Pengerusi ABS, Encik Piyush Gupta, yang juga Ketua Eksekutif DBS Group Holdings, mengakui malam kelmarin di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands bahawa terdapat beberapa isu dalam beberapa segmen masyarakat untuk menggunakan bayaran tanpa tunai.



"Ada keprihatinan mengenai pengecualian kewangan terhadap beberapa bahagian masyarakat, seperti warga tua atau penduduk bergaji rendah," katanya.



Encik Rohit Joshi, ketua pengurusan tunai global di HSBS Singapore, berkata PayNow "amat berguna bagi pembayaran sekali sahaja seperti tuntutan insurans dan upah buruh biasa."



"Remiters tidak perlu mengesan butiran penerima. Data tersebut dikekalkan di depositori pusat yang diuruskan oleh pihak ketiga," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >