Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Sumbangan ikhlas SG bantu mangsa banjir di M'sia

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



MEMBACA kisah banjir besar yang melanda negara jiran, Malaysia, pada pertengahan Disember lalu begitu menyayatkan hati.



Terasa hiba apabila membaca kisah mangsa yang berasa amat cemas apabila paras air naik secara mendadak apabila banjir paling buruk dalam tempoh setengah abad (50 tahun) di negara itu menjejas tujuh negeri Malaysia dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur,



Banyak kediaman dan barangan rumah rosak atau musnah langsung, dan dianggarkan kira-kira 70,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka, selain sekurang-kurangnya 50 orang terkorban.



Namun, hujan paling lebat dan banjir terburuk itu telah mendorong tindak balas terbaik daripada rakyatnya dalam membantu mereka yang terjejas teruk.



Rakyat Singapura, yang terharu melihat keadaan mangsa negara jiran, juga terdorong membantu dari segi bantuan kewangan, makanan, barangan keperluan penting dan sebagainya.



Hati siapa yang tidak dirundung pilu melihat bencana alam itu telah menenggelamkan banyak kawasan, selain kemusnahan besar yang disebabkan banjir yang menyusul.



Dengan segera, ramai rakyat Malaysia menyahut panggilan membantu mangsa terjejas.



Selain agensi kerajaan dan angkatan tentera yang turun padang membantu, pelbagai kumpulan dan individu bersatu tenaga datang ke tempat-tempat terjejas, memberi bantuan barangan dan makanan yang diperlukan.



Ada kumpulan melakukan kerja pembersihan kawasan dalaman dan luaran rumah demi membantu mangsa yang kebanyakan barangan rumah mereka rosak atau musnah.



Ada juga yang memberi makanan yang siap dimasak kepada mangsa yang sudah kehilangan semua bekalan makanan mereka dek banjir yang naik sehingga ke paras siling rumah satu tingkat mereka.



Di Singapura, banyak pihak tidak duduk diam.



Pemerintah Singapura segera menyumbang AS$60,000 ($81,800) sebagai permulaan pengumpulan dana Palang Merah Singapura (SRC) dalam menyokong bantuan kemanusiaan dan usaha pemulihan di Malaysia, dan juga Filipina yang dilanda Taufan Rai.



Rakyat Singapura juga tidak henti-henti memberi sumbangan dari segi kewangan, barangan keperluan dan makanan.



Ini termasuk usaha yang dipimpin Ustaz Muhammad Faisal Mohamed Ayub yang mengumpul barangan seperti pakaian, sejadah, selimut, tuala dan bermacam lagi untuk diberi kepada mangsa.



Katanya: "Inilah masanya buat kita bergotong-royong dan bersatu-padu untuk membantu dan menunjukkan sifat kemanusiaan kita."



Beliau berkata pasukannya telah mengumpul sekitar lima hingga enam tan barangan seperti pakaian untuk dihantar ke Malaysia.



Seorang lagi, Ustaz Yazid Mohamad Salleh, menganggarkan 900 kotak barangan yang dapat memenuhi dua lori bersaiz 40 kaki telah dihantar ke Malaysia.



Barang-barang itu diagihkan melalui sokongan rakan kerjasamanya di lapangan, Kitchen In Calais Malaysia (KIC Malaysia).



Beberapa pertubuhan dan selebriti Singapura juga menganjurkan usaha amal masing-masing kerana tahu rakyat Singapura bersifat murah hati, khususnya dalam membantu mangsa banjir yang terjejas teruk.



Encik Shahrizal Salleh, lebih dikenali sebagai Cef Bob, menggunakan wadah media sosialnya membantu mereka yang ditimpa malang.



"Sifat murah hati rakyat kita saya rasa tidak boleh dinafikan dan saya amat berterima kasih kepada semua mereka yang telah menyumbang kepada usaha ini," katanya yang dilaporkan ketika itu berjaya mengumpul $10,000 dalam masa satu jam.



Hujan lebat di Malaysia dari 17 hingga 19 Disember itu telah menyebabkan banjir terburuk, petanda kesan buruk semakin meningkat ekoran perubahan iklim yang berlaku di merata dunia.



Namun ia juga mendorong sikap kemanusiaan, ihsan dan tindakan balas terbaik dalam kalangan kededua rakyat Malaysia dan Singapura untuk membantu mangsa memerlukan.



Ini petanda jelas sifat kemanusiaan masih lagi terpahat kuat dalam kalangan rakyat dua negara itu.



Dan semoga hubungan baik antara rakyat dua negara itu akan terus bertambah kukuh, baik dalam masa senang mahupun dalam masa sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >