Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sumbangan wanita urus keluarga perlu diiktiraf walau tidak ‘bergaji’

Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Isu berkaitan buruh tidak berbayar melibatkan kaum Hawa sering kali diabaikan.

Teori feminis meluaskan perspektif ini kepada bagaimana buruh tidak dibayar dieksploitasi.

Ia menunjukkan bagaimana kapitalisme memburukkan lagi beban tidak seimbang berkaitan tugas selaku penjaga tidak berbayar, yang biasanya membolehkan aspek pekerjaan lain untuk dapat berfungsi.

Dalam hal ini, tenaga buruh yang juga dikenali sebagai tugas selaku penjaga tidak berbayar, merangkumi tugas menjaga anak, menyediakan makan pakai serta membersihkan rumah.

Dedikasi kaum wanita terhadap tugas selaku penjaga anggota keluarga mungkin menghalang mereka daripada menyertai alam pekerjaan yang membolehkan mereka memperolehi pendapatan tetap.

Ia juga boleh turut menghalang mereka daripada merebut peluang memajukan diri dalam kerjaya.

Lantas, ia boleh memberi kesan kepada peluang mereka untuk dapat berdikari daripada sudut kewangan.

Ada juga yang cenderung mendapat pekerjaan bergaji rendah dan kurang stabil.

Teori feminis menilai bagaimana pemerintah dan dasar awam secara umum menyumbang kepada hierarki jantina.

Wanita lebih terjejas ekoran kurangnya akses kepada khidmat penjagaan kanak-kanak yang boleh dipercayai, cuti bersalin dan bantuan dalam kerjaya.

Dengan kurangnya penjagaan sedemikian, ia menekankan lagi tanggungjawab bagi seseorang wanita untuk menjadi penjaga tidak berbayar yang kemudian bermakna terdapat halangan memajukan ekonomi mereka.

Jurang perbezaan dalam tugas selaku penjaga tidak berbayar menyumbang kepada ketidakadilan dalam kerja yang dibayar mengikut peruntukan masa.

Ini bermaksud peruntukan masa bagi pelbagai tugasan, atau tanggungjawab dalam kehidupan harian individu.

Kapasiti wanita untuk terlibat dalam pekerjaan yang dibayar terhad memandangkan mereka memperuntukkan lebih banyak masa dalam tugas selaku penjaga dalam memenuhi tanggungjawab dalam keluarga.

Dengan itu, ia menyebabkan kurangnya kadar penglibatan mereka dalam tenaga kerja dan kurangnya prospek untuk berkembang daripada sudut profesional.

Dengan kurangnya peluang untuk berdikari daripada aspek kewangan, ia menyumbang kepada jurang pendapatan sedia ada antara jantina.

Lebih sedih lagi sesetengah wanita itu juga turut terdedah kepada isu penderaan.

Kemampuan mereka untuk membuat keputusan yang lebih berdikari mengenai kehidupan dan kerjaya terhad akibat kebergantungan kepada pasangan lelaki atau anggota keluarga bagi sokongan kewangan.

Pada masa yang sama, bilangan isi rumah yang dipimpin wanita bertanggungjawab yang meraih pendapatan selain menawarkan penjagaan telah meningkat.

Ini sekali gus meletakkan beban kepada masa dan tenaga wanita sedang mereka terpaksa mengimbangi pelbagai tanggungjawab.

Tugas selaku penjaga tidak berbayar sebenarnya masih merupakan satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, dengan kaum Hawa biasanya dianggap sebagai penjaga utama.

Kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) jelas menunjukkannya. LFPR Melayu secara konsisten di belakang etnik lain, menunjukkan perbezaan menjangkaui kaum.

Mengikut sejarah, tidak ramai wanita Melayu yang tergolong dalam kumpulan tenaga kerja, namun perubahan positif timbul sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terdapat trend yang meningkat dalam penyertaan tenaga kerja.

Namun kemajuan ini sejajar dengan cabaran yang berterusan.

Kadar pengangguran dalam kalangan Melayu turun naik. Kadarnya lebih tinggi berbanding penduduk umum, terutamanya wanita.

Meskipun begitu, terdapat peralihan generasi dalam sikap terhadap tugas selaku penjaga yang tidak berbayar dalam masyarakat, sedang generasi lebih muda melihat tanggungjawab sedemikian daripada sudut pandangan berbeza.

Satu aspek penting transformasi ini adalah luasnya pendidikan yang tersedia buat golongan lebih muda.

Dengan lebih akses kepada pendidikan, wanita Melayu/Islam berpotensi menilai semula peranan mereka dalam struktur keluarga.

Dalam mengejar pendidikan yang lebih tinggi, mereka dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang mungkin membentuk semula pandangan mereka terhadap aspirasi kerjaya serta tugas dalam keluarga.

Sedang peluang pendidikan mudah diakses, mereka memainkan peranan penting dalam membentuk semula peranan tradisi yang dikaitkan dengan menggalas tanggungjawab selaku penjaga yang tidak berbayar.

Sejajar dengan bertambahnya penyertaan tenaga kerja wanita, perbezaan dalam pasaran buruh tradisional ini.

Ia mendorong semakan semula terhadap peranan berkeluarga dan menggesa agar diadakan langkah pragmatik bagi menangani keperluan yang berubah dalam isi rumah Melayu/Islam di sini.

Di Singapura, keadaan ini adalah lumrah. Ramai keluarga yang mempunyai dua pendapatan mendapatkan khidmat pembantu rumah, biasanya dari negara seperti Indonesia, Filipina dan Myanmar khusus untuk menjalankan kerja rumah.

Memasak, membersih dan menjaga kanak-kanak serta warga senja merupakan tanggungjawab yang meliputi tugasan tersebut. Pembantu rumah menjadi aspek penting dalam isi rumah.

Mereka memainkan peranan dalam membolehkan keluarga menguruskan tugas selaku penjaga secara lebih cekap.

Mendapatkan khidmat pembantu rumah boleh memberi kesan positif dan negatif kepada penglibatan wanita dalam pasaran tenaga kerja.

Ia boleh meredakan tekanan tugas penjaga tidak berbayar yang dialami golongan ibu yang bekerja.

Ia juga turut memberi mereka peluang untuk memperuntukkan lebih banyak masa dan perhatian terhadap pekerjaan, lantas menyumbang kepada kadar penyertaan tenaga kerja wanita yang mempunyai pembantu rumah.

Meskipun demikian, mendapatkan khidmat pembantu rumah juga boleh mengukuhkan terus amalan tradisional yang biasa dan perbezaan jantina dalam pasaran buruh.

Sedang wanita boleh memanfaatkan sokongan tambahan dengan tugasan isi rumah dan selaku penjaga, amalan ini secara tidak sengaja menarik perhatian bahawa tanggungjawab sedemikian berada dalam domain kaum Hawa.

Ini boleh terus mempengaruhi pandangan dan jangkaan masyarakat, mengukuhkan terus pandangan bahawa wanita bertanggungjawab secara amnya bagi kerja selaku penjaga tidak berbayar.

Tambahan pula kemampuan mendapatkan pembantu rumah biasanya dikaitkan dengan status sosioekonomi.

Isi rumah yang berkemampuan lebih cenderung mendapatkan khidmat pembantu rumah, sementara isi rumah dengan pendapatan lebih rendah mungkin tidak mempunyai pilihan serupa.

Justeru adalah penting bagi masyarakat untuk memperjuangkan dasar tempat kerja yang menyelaraskan perpaduan harmoni berkaitan isu tersebut.

Artikel ini merupakan sedutan rencana yang disiarkan dalam majalah ‘The Karyawan’ edisi Februari. Penulis ialah mahasiswi tahun kedua di Universiti Nasional Australia, dalam bidang Dasar Awam dan Sains Politik. Majalah terbitan AMP Singapura ini boleh dibaca di karyawan.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >