Syarikat perlu perubahan minda harungi tempat kerja masa depan
Premium
Syarikat perlu perubahan minda harungi tempat kerja masa depan
Perubahan sedang dilaksanakan bagi membolehkan rakyat Singapura bekerja lebih lama dan menabung bagi usia tua. Satu perbincangan meja bulat diadakan baru-baru ini oleh The Straits Times (ST), dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef). Kami menukil laporan ST
Aug 29, 2019 | 5:30 AM
BERSEDIA DARI SEKARANG: Perbincangan meja bulat diadakan Jumaat lalu disertai (dari kiri) Profesor Madya Chia Ngee Choon, Encik Ng Chee Meng, Cik Josephine Teo, Dr Robert Yap dan dipengerusikan Encik Zakir Hussain sebagai moderator. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
RAKYAT Singapura yang bekerja sudah biasa dengan langkah untuk menjalani latihan dan meningkatkan semula kemahiran bagi mengambil jawatan dan pekerjaan baru.
Syarikat Singapura sedang menyusun semula perniagaan mereka bagi memanfaatkan teknologi dan peluang baru.

