Tak pernah buat kini ghairah lelong permaidani 'live' di bazar dalam talian
Premium
Tak pernah buat kini ghairah lelong permaidani 'live' di bazar dalam talian
May 8, 2020 | 5:30 AM
PENYESUAIAN DALAM TALIAN: Encik Reza kini reda dengan kesan penularan tempoh pemutus litar dan berharap dengan kolaborasi bersama golongan yang celik teknologi, mereka dapat membantu memasarkan barang-barangnya secara dalam talian.- Foto fail 2019 -
Banyak perniagaan menjangkakan Ramadan yang lebih suram tahun ini disebabkan oleh arahan pemutus litar tetapi langkah ini telah mendorong ramai antara mereka memikirkan strategi di luar kelaziman. Wartawan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) dan NATASHA MUSTAFA (nmustafa@sph.com.sg) meninjau beberapa usahawan yang memanfaatkan teknologi dan dunia maya demi mengekalkan perniagaan mereka semasa tempoh ini.
SEBAGAI veteran yang sudah berniaga di bazar Geylang Serai selama lebih dari 22 tahun, permaidani Reza Fotohi diakui popular dalam kalangan ramai pengunjung bazar.

