Topik diikuti
Pergi ke BHkuTenangkan anak yang hadapi 'meltdown'
May 31, 2020 | 5:30 AM
Tenangkan anak yang hadapi 'meltdown'
APABILA pemutus rantaian jangkitan (CB) dilaksanakan awal bulan lalu, ia berlaku dengan begitu pantas sehinggakan ibu bapa, guru dan pakar terapi yang bertugas bersama anak-anak berkeperluan khas tidak mempunyai cukup masa untuk menyiapkan anak-anak itu untuk menghadapi CB, kata Konsultan Kanan Pendidikan Khas, Dr Haslina Hassan.
Ini telah menyebabkan ramai di kalangan anak-anak itu mengalami keadaan genting, seperti 'meltdown', kemurungan, perasaan marah yang tidak dapat dikawal, merengek sepanjang hari, kurang fokus dan selera makan yang terganggu.