Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Terdorong terus main peranan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

ANUGERAH JAUHARI

Terdorong terus main peranan

Aug 21, 2014 | 11:59 AM

"Kami berasa syukur atas anugerah yang diberikan kepada RRG (Kumpulan Pemulihan Keagamaan). Dengan anugerah ini, jelas terpapar sokongan padu yang sentiasa diberikan kepada kami. Dengan anugerah ini juga kami rasa terdorong untuk terus memainkan peranan dalam bidang yang kami ceburi sebaik yang kami mampu. Hari ini dunia mendambakan keamanan. Keamanan dan kedamaian adalah satu anugerah Ilahi dan nikmat yang harus kita syukuri. Sebagai rakyat Singapura, kita harus sentiasa bersyukur dengan nikmat kedamaian ini. Sebagai sebuah kumpulan sukarela asatizah, RRG sangat bersyukur kerana diberikan peluang memainkan peranan dalam memastikan keamanan dan kedamaian terus wujud di negara yang kita cintai ini.

Tugas RRG di masa-masa mendatang sangat mencabar. Walaupun ancaman pengganas di rantau ini kelihatan pudar sejak beberapa tahun lalu, fahaman ganas dan ideologi tegar luas tersebar, terutama sekali dalam media sosial dan Internet. Dalam mengharungi cabaran-cabaran ini, RRG perlu bekerjasama dengan setiap lapisan masyarakat Muslim dan bukan Muslim dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang menghargai nilai keamanan dan kedamaian. Sekali lagi, RRG ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Berita Harian atas penganugerahan ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3