Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BAHASA & BUDAYA

Terus berkarya walau kian giat dalam penerbitan

Pengasas bersama Unggun Creative Farihan himpun sajak sepanjang 19 tahun dalam buku Tukang Tunjuk Telunjuk
Jan 25, 2021 | 05:30 AM



BUKAN setakat berusaha meluaskan empayar bidang penerbitan, malah Encik Farihan Bahron menguasai kemahiran dalam bidang penulisan.



Disiplin diri tinggi untuk bergelar penerbit dan penulis buku serentak beliau telah membuahkan karya bermutu.



Antara karya beliau yang pernah mendapat pujian ialah buku himpunan puisi Tukang Tunjuk Telunjuk, yang menjernihkan pemahaman tentang kehidupan di Kota Singa pada awal kurun ke-21.



Encik Farihan menghasilkan bait--bait puitis yang membentangkan kisah seorang anak muda yang mencari tujuan, jati diri dan panduan moral dalam realiti kehidupan.



Pengasas bersama syarikat Unggun Creative ini menjelaskan bahawa Tukang Tunjuk Telunjuk menghimpunkan 40 kuntum sajak beliau yang dikarang sepanjang 19 tahun.



Beberapa sajak itu ditulisnya sewaktu zaman remaja, semasa beliau berusia 18 hingga 19 tahun, dan memenangi beberapa pertandingan.



Antara lain, Encik Farihan menerima pengiktirafan daripada Peraduan Asah Bakat (1998, anjuran Berita Harian), Peraduan Pena Bakti (2000, anjuran Berita Harian) dan Anugerah Pena Emas (2003 dan 2015, anjuran Majlis Seni Kebangsaan Singapura (NAC)).



"Selain itu, saya selitkan sajak yang ditulis dalam buku ini sebagai rakaman saat-saat sewaktu mengembara ke luar negara.



"Beberapa sajak lain pula merupakan saduran daripada seni kata dikir barat yang turut saya ceburi, sepanjang usia perkembangan saya dalam penulisan.



"Sebenarnya, tajuk buku ini dicedok daripada salah satu sajak dengan judul sama. Saya memilih judul ini sebagai tajuk buku saya kerana permainan rentak kata, atau aliterasi, yang agak dominan dalam sebahagian besar karya saya," ujar Encik Farihan.



Sehubungan dengan itu, pengiktirafan demi pengiktirafan telah menjadi bara semangat untuk beliau merealisasikan idea-idea penulisan ke dalam bentuk aktual.



Bercakap mengenai Tukang Tunjuk Telunjuk, beliau merakamkan kegembiraan atas penerbitan buku tersebut, yang terhasil daripada sokongan beberapa pihak.



"Buku ini diterbitkan dengan sokongan daripada geran pengayaan daripada NAC sewaktu saya menerima hadiah pertama Anugerah Pena Emas 2015.



"Geran itu menjadi mangkin untuk saya mendokumentasikan karya-karya eceran saya dalam bentuk buku agar ia dapat dijadikan satu rujukan atau bukti bahawa penulis muda di Singapura masih tegar berkarya, baik dalam bentuk puisi mahupun prosa."



"Pada masa sama, saya berharap agar dapat menyampaikan segala pemikiran dan pengamatan saya dalam bentuk kata-kata berirama agar mudah dicerap oleh pelbagai lapisan masyarakat," ujarnya



Buku yang memenangi Hadiah Sastera Singapura (SLP) pada 2018 bagi kategori Puisi Melayu ini turut menerima respons positif daripada peminat Encik Farihan.



"Saya pernah menerima maklum balas daripada seorang pembaca yang mengatakan ada sajak dalam buku ini membuatnya ketawa.



"Gelak ketawa itu datang bukan kerana lucu, tetapi kerana realiti yang dipapar dalam karya tersebut.



"Saya kira buku ini sedikit sebanyak melantunkan suara warga muda dalam landskap urban yang dikelilingi serba-serbi kemewahan namun kemiskinan tetap terasa dari segi keihsanan dan semangat kemanusiaan," ujarnya.



Menurut beliau, kata-kata berentak dan berirama dalam buku ini turut menyajikan pengalaman membaca yang seronok dan memuaskan deria pembaca.



Menjelaskan mengenai rancangan terdekat beliau, Encik Farihan berkata:



"Saya dalam proses menerbitkan kumpulan cerpen kedua saya. Insya-Allah, jika semuanya berlangsung mengikut perancangan, ia akan diterbitkan pada suku kedua tahun ini."



Pada masa sama, beliau baru mula menulis sebuah novel.



Setakat ini, proses pembikininan novel tersebut masih dalam bentuk kerangka.



Belum nampak isi mahupun kulit. Namun, ia dijangka siap dalam setahun setengah ini, kata beliau.



"Sebagai penerbit di Unggun Creative pula, kami sedang mengusahakan beberapa buku cerpen dan sebuah novel oleh penulis tanah air," tambah Encik Farihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >