Topik diikuti
Pergi ke BHkuTeruskan amalan baik dipelajari semasa puncak pandemik
Wabak Covid-19 telah membawa impak yang besar terhadap dunia, termasuk Singapura. Negara kita menghadapi cabaran yang besar dalam menangani pandemik ini, dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi.Bagaimanapun, walaupun kita sudah mencapai tahap pemulihan dan kembali kepada kehidupan normal, cabaran selepas pandemik masih belum berakhir. BERITA HARIAN mendapatkan dua pandangan asatizah perspektif kehidupan selepas pandemik dan hikmah di sebalik pandemik.
1 of 2
Mar 16, 2023 | 5:30 AM
Teruskan amalan baik dipelajari semasa puncak pandemik
SINGAPURA telah pun mengumumkan penarikan balik langkah pengurusan selamat Covid-19 dan amaran Dorscon (Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit) diturunkan ke tahap yang paling rendah pada bulan Februari yang lalu.
Apakah ini bermaksud kita berbalik kepada amalan seperti dahulu? Atau patutkah kita mempelajari daripada pengalaman selama hampir tiga tahun berhadapan dengan pandemik dan kekalkan ia di dalam kehidupan seharian kita?