Ramai anggota masyarakat Melayu/Islam di Singapura berpegang kukuh kepada ajaran Islam, sambil mengamalkannya secara sederhana dan progresif. BERITA MINGGU memaparkan individu-individu ini yang yakin berinteraksi dengan masyarakat lain, serta memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama. Ikuti ruangan Masyarakat Gemilang akhbar ini, yang menonjolkan sumbangan masyarakat Melayu/Islam setempat dalam pelbagai bidang.
PENGGIAT silang agama, Ustazah Lina Sakina Salim, pernah menerima soalan yang 'pedas' semasa membawa sekumpulan pelawat meninjau Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah.