Tindakan kolektif S'pura-M'sia kunci pencapaian lebih tinggi
Kerjasama menangani wabak Covid-19, menyambung semula projek RTS Woodlands-JB antara contoh bagaimana kededua negara boleh sama-sama maju ke hadapan
Aug 13, 2020 | 05:30 AM
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan ke-55 Ahad lalu. Tahun ini, kami menyambutnya sedang kami dilanda pandemik sejagat dan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Berjuta-juta orang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia dan jumlah jangkitan serta kematian terus meningkat setiap hari. Sempadan ditutup, keluarga dan rakan terpisah, manakala perniagaan gulung tikar.