BARU-BARU ini, dunia dikejutkan dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump yang menamakan Baitulmakdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel. Beliau juga mahu mengalih kedutaan Amerika di Israel dari Tel Aviv ke sana.
Keputusan Encik Trump itu berbeza dengan presiden-presiden Amerika sebelum ini yang lebih selesa menangguhkan pengalihan tersebut. Tindakan Encik Trump itu menepati janji-janjinya semasa kempen pilihanraya Presiden Amerika pada akhir 2016.