Toleransi, kesederhanaan tunjang usaha basmi ideologi ekstrem
Premium
Toleransi, kesederhanaan tunjang usaha basmi ideologi ekstrem
Jan 30, 2020 | 5:30 AM
PUPUK KEHARMONIAN: Murid-murid dari Sekolah Rendah Westwood meraikan Hari Keharmonian Kaum di sekolah pada 22 Julai tahun lalu. - Foto BH oleh GIN TAY -
Baru-baru ini, Imran Kassim, 36 tahun, didakwa menyalurkan wang bagi kegiatan pengganasan. Ini merupakan kali pertama sebuah kesalahan disabitkan di bawah Akta Pengganasan (Sekatan Pembiayaan) (TSOFA). Kenyataan yang diutarakan semasa kes dibicarakan di mahkamah mendapat perhatian masyarakat. Ia menjadi peringatan bahawa usaha Singapura dalam memerangi pengganasan serta inisiatif membasmi ideologi pelampau demi memelihara keharmonian agama dan kaum harus dipergiat.
AKTA Pengganasan (Sekatan Pembiayaan) diperkenalkan pada 2002 bagi membanteras pembiayaan aktiviti pengganasan di Singapura.

