NEW YORK: Ayat pertama obituari Presiden Donald Trump telah tertulis.

Walaupun belum pasti Encik Trump akan digugurkan daripada jawatannya sebagai presiden Amerika Syarikat atau tidak, sebahagian warisannya tertulis baru-baru ini apabila beliau menjadi presiden ketiga dalam sejarah Amerika yang akan didakwa oleh Dewan Perwakilan Amerika.