DALAM bulan Ramadan yang baru berlalu, kita banyak bermuhasabah diri, tekun beribadah, dan mempererat hubungan persaudaraan. Kita juga ketepikan sebahagian daripada harta, masa, dan tenaga kita untuk membantu golongan yang memerlukan.
Malangnya menjelang Syawal, kita dikejutkan dengan beberapa insiden pengebom nekad yang meragut nyawa, termasuk di kota suci Madinah. Kita mengutuk keras tindakan-tindakan sebegini yang hanya membawa kesengsaraan kepada orang ramai.