PERLUKAH ibu yang mempunyai anak kecil keluar bekerja? Persoalan ini penting dan pelbagai pandangan dan pendapat telah dilahirkan.
Pada saya, bagi keluarga yang menghadapi kesempitan wang, pekerjaan adalah lebih mustahak dan ibu lebih baik keluar bekerja. Ini terutama bagi ibu berpendidikan tinggi yang boleh memanfaatkan kepandaian dan ilmunya.