Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Usah sesekali patah harapan pada anak

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu bapa memang tidak dinafikan kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita.



Namun dalam mencapai impian itu, ada kalanya ibu bapa terlalu mengharapkan anak-anak memberikan mereka kebahagiaan dan kegembiraan yang mereka dambakan sehingga menjadikan si anak mangsa dek mahukan si anak mengikut kriteria yang telah mereka tetapkan.



Ini menurut Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram ialah satu harapan yang tersilap dan keliru.



"Amanah kita (sebagai ibu bapa) bukan untuk kita bahagia dengan kehadiran dia (anak). Ini merupakan satu aspirasi yang bak mementingkan diri sendiri sahaja.



"Sebenarnya, yang menjadi amanah dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ialah kita hendak menjadikan anak itu pada akhir hidupnya, dia gembira dan bahagia kerana diredai Allah swt," ujar beliau.



Mufti berkata demikian sebagai penutup tirai ucapannya semasa seminar keibubapaan anjuran bersama Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) dengan kerjasama Berita Harian bulan lalu.



Mufti diundang memberi ceramah dan menjadi ahli panel sesi soal jawab bersama penceramah motivasi undangan Malaysia, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.



Menurut Mufti, kehadiran anak-anak pastinya saat paling bahagia untuk ibu bapa hingga ada yang mengalir air mata tatkala kelahiran anak.



Namun, dalam usaha ibu bapa membantu anak mengenal erti kehidupan, pastinya sepanjang perjalanan itu juga akan ada banyak air mata ibu bapa sendiri yang mengalir.



"Kadang-kadang sampai ada satu-satu peringkat, kita rasa seolah-olah harapan kita hancur kerana sikap si anak ekoran pengaruh luaran dan sebagainya.



"Rintihan di hati, tangisan, munajat kita, memohon pertolongan Allah swt.



"Saya hanya minta satu sahaja, daripada pengalaman sendiri, agar kita tidak mementingkan diri sendiri, tentang apa yang kita mahukan daripada anak-anak kita," ujar Mufti.



Beliau berkata bahawa dengan mementingkan diri sendiri, ia akan menimbulkan masalah besar apabila anak-anak itu berdepan dengan cabaran-cabaran tertentu pada masa depan.



"Sebagai ibu bapa, kita perlu melalui saat-saat keperitan dan kepedihan itu bersama-sama anak kita," kata Dr Mohamed Fatris lagi.



Beliau menambah bahawa amanah dan tanggungjawab ibu bapa sebenarnya ialah menjadikan anak itu pada akhir hidupnya gembira dan bahagia kerana diredai Allah swt.



"Walaupun sehingga hujung hidup kita, apabila kita tua kelak, anak itu masih tidak berubah, usah patah harapan.



"Ini kerana bukan kebahagiaan kita sepatutnya menjadi tujuan kita.



"Sewajarnya sebelum kita pergi, kita tetap perlu sentiasa berdoa, berharap, mengutarakan ucapan-ucapan kasih sayang dan memberinya sentuhan kasih sayang.



"Kita mahu walaupun selepas kita tiada nanti, anak kita tetap diberikan, dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah swt supaya nanti pada hujung hidupnya, anak itu akan diredai menjadi insan yang mulia," ujar Mufti.



USAH PENTINGKAN DIRI DARI ANAK



"Kadang-kadang sampai ada satu-satu peringkat, kita rasa seolah-olah harapan kita hancur kerana sikap si anak ekoran pengaruh luaran dan sebagainya. Rintihan di hati, tangisan, munajat kita, memohon pertolongan Allah swt. Saya hanya minta satu sahaja, daripada pengalaman sendiri, agar kita tidak mementingkan diri sendiri, tentang apa yang kita mahukan daripada anak-anak kita."
- Mufti.



USAH BERHENTI DOAKAN ANAK



"Sewajarnya sebelum kita pergi, kita tetap perlu sentiasa berdoa, berharap, mengutarakan ucapan-ucapan kasih sayang dan memberinya sentuhan kasih sayang. Kita mahu walaupun selepas kita tiada nanti, anak kita tetap diberikan, dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah swt supaya nanti pada hujung hidupnya, anak itu akan diredai menjadi insan yang mulia."
- Mufti.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >