Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Usaha Our Tampines Hub menyumbang kepada sekitaran mesra alam

Nov 28, 2018 | 05:30 AM



TIADA sehari pun yang berlalu tanpa merujuk kepada eko-mampan dan perubahan iklim, sama ada dalam perbincangan awam atau di media. Isu yang trending sekarang ini menampilkan peri perlunya orang ramai memahami kesan pembaziran yang semakin meningkat dalam masyarakat yang menyebabkan impak yang tidak dapat ditarik balik pada alam sekitar kita.



Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim - perjanjian pelbagai hala yang disepakati pada 2015 - menandakan satu pencapaian penting kerana ia menekankan komitmen oleh setiap negara untuk menentukan, merancang dan melaporkan sumbangan yang dilakukannya untuk mengurangkan pemanasan global di peringkat nasional.



Di Singapura, cabaran yang dihadapi adalah serupa. Permodenan pesat di republik ini dan gaya hidup yang lebih mewah serta penggunaan yang tidak pernah puas telah mengakibatkan meningkatnya penggunaan kuasa tenaga penjanaan sisa buangan berlebihan.



Perbincangan awam dan privet telah meningkatkan kesedaran, pemahaman dan penerimaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap perlunya amalan yang lebih mampan. Dorongan untuk mengurangkan pelepasan karbon adalah jelas dan pemerintah Singapura telah mengambil beberapa langkah seperti menyediakan dana penyelidikan bernilai $900 juta untuk membangunkan huraian bandar yang mampan.



Di peringkat mikro, amalan mampan mungkin tidak mengikut gerak hati, tetapi keperluan tersebut semakin mendesak pada masa ini. Ramai orang mungkin dengan mudah menerima tanggapan bahawa strategi dan pelaksanaan eko-mampan hanya lebih bermakna jika dilaksanakan di peringkat nasional.



Dalam konteks ini, kes melibatkan Our Tampines Hub (OTH) patut dilihat lebih dekat kerana ia telah menghampiri eko-mampan dari cara holistik dan komprehensif. Pendekatan sedemikian selalu diambil mudah. Hari ini, OTH adalah yang pertama tetapi salah satu pusat komuniti dan gaya hidup bersepadu terbesar di Singapura, yang telah menarik hampir 30 juta pengunjung sejak dibuka pada akhir 2016.



Konsep hab bersepadu pertama kali diperkenalkan pada 2011 sebagai sebahagian daripada pelan induk lima tahun bandar tersebut. Dari peringkat awal lagi, pertimbangan eko-mampan menjadi paksi perancangannya.



Hari ini, OTH menawarkan sistem penyelesaian sekitaran dengan gelung tertutup, satu konsep yang membawa kepada cara menjimatkan kos untuk mengurangkan pelepasan, bahan buangan dan keperluan bahan mentah. Dalam konteks OTH, ini bermakna penyelesaian dengan memanfaatkan tenaga solar menerusi pemasangan panel fotovoltaik (PV), tadahan air hujan, peralatan penyimpanan dan penapisan, ciri-ciri pengairan, dinding hijau, pengudaraan semula jadi, perkongsian kereta elektrik dan sistem pengecasan, pemasangan bumbung etilena tetrafluoroethylene (ETFE), serta sistem pengurusan sisa komprehensif yang disokong oleh sistem eko-pencerna.



Lebih banyak penerangan diperlukan untuk memperincikan usaha-usaha eko-kemampanan yang menjadi landasan utama di OTH. Ini hanyalah gambaran sepintas lalu.



HAB MAMPAN MESRA ALAM



OTH adalah "hijau" dalam keseluruhan pendekatan dan pelaksanaannya. Hab ini mempunyai suasana "tropika" yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan menegak yang ditanam di luar bangunan. Dalam bangunan pula, taman eko-komuniti seluas 25,000 kaki persegi menjana projek hijau yang mampan. Spesies tumbuhan yang mampu menahan bahang lebih disukai kerana ia kurang memerlukan air untuk pengairan dan sekali gus menjimatkan air. Spesies ini menyelubungi kebun eko-komuniti di atas bumbung, yang mempunyai ruang terbuka serba hijau lagi luas. Ia menawarkan peluang untuk tujuan pendidikan dan interaksi dalam kalangan penduduk dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih mampan. Sejak itu ia telah menjadi bahan pameran utama bagi desain yang mampan dan kesedaran eko.



Salah satu inisiatif eko-mampan yang paling bertahan dan memberi manfaat kepada alam sekitar adalah pencahayaan. Justeru, OTH sengaja menggunakan lampu LED (light emitting diode) dan penyelesaian pencahayaan yang cekap tenaga untuk tujuan itu. Dengan keluasan 5.7 hektar dan luas lantai 120,000 meter persegi, ini memberikan hasil yang bermakna memandangkan penggunaan tenaga elektrik yang minimum sambil mengekalkan tahap cahaya yang sesuai.



Hasilnya, OTH meraih manfaat daripada pengurangan ketahanan kuasa cahaya sebanyak 41 peratus berbanding penyelesaian konvensional.



Panel solar dan tenaga semakin banyak digunakan di Singapura sekarang ini. Meskipun tidak segera kelihatan dalam kalangan pengunjung harian di OTH, namun terdapat 830 panel solar yang dipasang di bumbung pusat bandar OTH, biasanya dirujuk sebagai stadium. Pada masa ini, panel solar ini boleh menghasilkan 265 kWp pada prestasi puncak dan menyumbang kepada penjimatan 2 peratus dalam keperluan tenaga tahunan OTH.



USAHA OTH KE ARAH MEMANFAATKAN TENAGA SOLAR, PENGURANGAN SISA BUANGAN



Singapura telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penggunaan tenaga suria kepada 350 megawatt pada 2020, dan mencapai puncak satu gigawatt selepas 2020. Dalam hal ini, OTH melihat dirinya sebagai memainkan peranan penting dalam memajukan inovasi dan penggunaan meluas tenaga suria.



Satu dimensi yang sering dilupakan mengenai eko-mampan adalah sisa buangan. Fakta yang sering kurang diingati dalam konteks Singapura ialah sekitar 200,000 tan abu pembakaran dan sampah yang tidak boleh dibakar dihantar ke tapak pelupusan sampah di Pulau Semakau setiap tahun. Pada kadar ini, tapak pelupusan akan guna penuh menjelang 2035.



Fakta nyata ini menjadi faktor pendorong untuk OTH memajukan eko-pencerna (Eco-digestor). Disesuaikan untuk keperluan OTH, sistem ini yang telah dilaksanakan pada akhir 2016, memproses sekitar 1.4 tan sisa makanan setiap hari. Ia mampu memproses dua tan sisa setiap hari melalui dua alat pencerna. OTH mempunyai pilihan untuk menghasilkan nutrien cecair, baja dan air yang tidak boleh diminum melalui sistem pengurusan sisa gelung tertutup ini.



Pelaksanaan eko-pencerna di Singapura terus berkembang. OTH memahami keperluan untuk membantu Singapura dalam mencapai eko-mampan dan justeru menjadi peneraju awal.



Eko-mampan berada di tengah-tengah usaha OTH, dari segi inovasi untuk desain hinggalah pelaksanaannya. Contoh lain termasuklah penyediaan tempat letak kereta hijau, penuaian air hujan untuk tujuan pengairan dan sistem pengudaraan semula jadi.



Eko-mampan telah menjadi DNA OTH. Dari perspektif OTH, fokus kami adalah pada eko-mampan dari peringkat permulaan, meskipun langkah kecil, dan kemudian mengambil langkah lebih berani setelah mencapai kemajuan secara progresif. OTH telah mengambil masa untuk melakukan apa yang telah dicapainya.



Usaha-usaha ini telah membantu OTH memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Majlis Bangunan Hijau daripada Penguasa Bangunan dan Pembinaan bagi reka bentuk dan prestasi mampan pada 2017 dan yang terbaru ialah Anugerah Skyrise Greenery bagi Taman Eko-Komuniti 2018.



Anugerah ini adalah pemangkin untuk OTH terus menyumbang kepada usaha mengekalkan kesinambungan alam sekitar Singapura.



  • Penulis ialah Pengarah Our Tampines Hub




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >