Premium
Usaha tangani isu kekebalan pesakit terhadap antibiotik
Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berlangsung dari 18 hingga 24 November setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran global terhadap isu kerintangan antibiotik. Tahun ini, kerintangan antimikrob (AMR) WHO sebagai salah satu daripada 10 isu kesihatan global terpenting yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkepentingan daripada pelbagai lapisan seperti penggubal dasar, pentadbir dan anggota kesihatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta serta masyarakat umum.Apabila AMR berkembang, jangkitan bakteria boleh menjadi tidak boleh dirawat, dan kadang-kadang membawa maut. BERITA HARIAN mendapatkan pakar antimikrob daripada Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) untuk menjelaskan bagaimana kita boleh melindungi diri daripada AMR.
Dec 19, 2022 | 5:30 AM

LAWAN BAKTERIA BUKAN LAWAN VIRUS: Orang ramai dinasihat memastikan ubat antibiotik digunakan secara rasional dan berhemah bagi mengurangkan kerintangan antimikrob, atau 'antimicrobial resistance' (AMR). - Foto ISTOCK -
1. Apakah kerintangan antimikrob (Antimicrobial Resistance - AMR)?
Kerintangan antimikrob (AMR) berlaku secara semula jadi apabila mikroorganisma seperti virus, bakteria, parasit dan kulat berubah dari masa ke masa dan tidak lagi bertindak balas terhadap agen antimikrob (contohnya, antivirus dan antibiotik, antiparasit dan antikulat) yang digunakan untuk merawatnya.

