LEBIH daripada sekadar mengiktiraf asatizah yang berkelayakan untuk membimbing masyarakat setempat, Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) sebenarnya mendatangkan banyak faedah kepada para pendidik agama di sini.
Antaranya aspek latihan dan pertemuan kerap di kalangan asatizah yang ditekankan sebagai salah satu ciri ARS berupaya menaiktarafkan kualiti asatizah setempat.