Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Teliti pilihan, beli rumah dimampui

Pemerintah sediakan pelbagai geran bagi penuhi setiap keperluan, namun dengan ketidaktentuan Covid-19, pendekatan bijak ialah untuk 'ukur baju di badan sendiri'
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



SETAHUN lalu, tidak ramai yang boleh menggambarkan apa yang akan terjadi pada 2020.



Pandemik Covid-19 telah menimbulkan pelbagai ketidaktentuan.



Bagi kebanyakan daripada kita, rumah kita merupakan sesuatu yang malar dalam kehidupan kita - memberikan perlindungan dan juga sebagai tempat yang selamat bagi kita untuk rehat, mengembalikan semula tenaga dan bangkit semula dengan lebih kukuh.



Kehidupan kita terus berputar di sekitar rumah terutama sedang aturan bekerja dari rumah (WFH) dan pembelajaran dari rumah (HBL) menjadi sesuatu yang lebih biasa.



Pemerintah kekal komited untuk memastikan pemilikan rumah mudah diakses rakyat Singapura.



Kami tidak mengurangkan pelancaran flat dan ini dapat dilihat dengan sekitar 16,800 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) ditawarkan tahun ini.



Tahun lalu, kami juga telah memperkenalkan cara penjualan baru, tempahan flat secara terbuka yang membolehkan rakyat Singapura memohon untuk mendapatkan flat dalam talian pada bila-bila masa dan menempah flat seawal hari bekerja berikutnya.



Lagipun, kami telah meningkatkan siling pendapatan bagi keluarga kepada $14,000 untuk menawarkan lebih banyak isi rumah akses kepada perumahan bersubsidi.



Kami juga terus memastikan flat kekal dimampui bagi rakyat Singapura.



Sejak tahun lalu, isi rumah pemilik kali pertama boleh memanfaatkan Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG), sama ada mereka memilih untuk membeli flat baru atau jualan semula dan di estet matang atau bukan matang.



Hari ini, pasangan kali pertama boleh menerima sehingga $80,000 dalam bentuk geran perumahan apabila membeli flat baru, tambahan kepada diskaun pasaran yang ketara.



Secara alternatif, jika anda mempunyai keperluan perumahan yang lebih mendesak dan sedang mencari rumah sendiri dengan lebih cepat, anda boleh menimbangkan untuk membeli flat jualan semula, di mana bagi keluarga kali pertama, mereka boleh menerima sehingga $160,000 dalam bentuk geran.



Ini termasuk Geran Perumahan Berhampiran (PHG) sehingga $30,000 jika anda membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama atau berdekatan dengan ibu bapa atau anak-anak anda.



Meski dengan adanya geran-geran ini, saya faham masih ada lagi keluarga yang menghadapi ketidaktentuan kewangan atau kesukaran ekoran pandemik, sekali gus menjadikan hasrat memiliki rumah satu impian yang sukar dikecapi.



Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.



Memandangkan membeli rumah merupakan komitmen jangka masa panjang, saya menasihati bakal pemilik rumah untuk menimbangkan pilihan perumahan mereka dengan teliti dan membeli sebuah rumah yang dimampui.



Bagi memenuhi keperluan isi rumah yang berbeza-beza, HDB menawarkan pelbagai jenis flat di pelbagai estet di sekitar Singapura - iaitu daripada flat fleksi dua bilik yang sesuai untuk bujang atau warga emas yang ingin mendapatkan rumah sesuai dengan keadaan mereka sehingga flat 3Gen, yang direka khas bagi kehidupan melibatkan pelbagai generasi.



Bagi para pemilik rumah yang menghadapi kesukaran kewangan dan memerlukan bantuan dengan bayaran ansuran pinjaman flat, usah teragak-agak untuk ke HDB.



Dan bagi mereka yang memerlukan perumahan dengan segera ekoran penangguhan persiapan flat BTO yang ditempah, harap dapatkan bantuan HDB juga.



Mereka bersedia untuk membantu anda dengan mencari flat sewa sementara sehingga flat anda siap.



Sedang pandemik Covid-19 memaksa kita untuk membuat perubahan ketara kepada rutin harian kita, kita tidak menjadikan keadaan ini, mematahkan semangat ketabahan dan kebijaksanaan kita untuk mengatasi kesukaran.



Semasa tempoh pemutus litar, saya tersentuh melihat ramai usahawan pembuat kuih dalam masyarakat Melayu/Islam menubuhkan perniagaan dari rumah untuk menambah pendapatan mereka, sekali gus mewujudkan keadaan seperti biasa bagi sambutan Hari Raya



Komitmen pemerintah adalah ia akan terus memastikan pemilikan rumah diakses dan dimampui.



Saya berharap setiap keluarga dapat meraih inspirasi daripada semangat daya tahan dan kreativiti para pembuat kuih yang berpangkalan dari rumah dan juga menggunakan keselesaan dan keselamatan rumah sebagai batu loncatan ke arah kejayaan.



  • Penulis merupakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).


Meski dengan adanya geran-geran ini, saya faham masih ada lagi keluarga yang menghadapi ketidaktentuan kewangan atau kesukaran ekoran pandemik, sekali gus menjadikan hasrat memiliki rumah satu impian yang sukar dikecapi.

Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >