Topik diikuti
Pergi ke BHkuWanita lingkungan usia 30 tahun giat baca novel: Peniaga buku 'online'
Wanita lingkungan usia 30 tahun giat baca novel: Peniaga buku 'online'
Wanita lingkungan usia 30 tahun giat baca novel: Peniaga buku 'online'
PENUHI PERMINTAAN PELANGGAN: Peniaga buku dalam talian, Cik Zuliana Zainal menganjurkan acara sembang bersama novelis dan pelakon drama bagi memenuhi keperluan pelanggan yang ingin menemui penulis kegemaran atau pelakon pujaan. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL -
Jan 15, 2019 | 5:30 AM
BUDAYA membaca yang sihat dalam kalangan wanita Melayu berusia 30 tahun ke atas boleh dikesan peniaga buku secara dalam talian, Cik Zuliana Zainal, sejak akhir-akhir ini.
Antara faktor yang 'memancing' mereka mendapatkan bekalan novel secara bulanan menerusi laman Facebook Franzee Novelist itu adalah munculnya banyak drama popular di televisyen yang dipadankan daripada jalan cerita novel berkenaan.