Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita tidak harus malu, rasa terbeban jika haid tiba semasa Ramadan

Tidak perlu makan atau minum secara sembunyi, perlu minta diri sebagai tanda hormat kepada orang berpuasa
Mar 24, 2025 | 5:30 AM
Dalam podcast NoTapis ini, Ustazah Liyana Musfirah berkongsi bagaimana golongan wanita yang mengalami haid dapat terus meraih manfaat sepanjang Ramadan.
Dalam podcast NoTapis ini, Ustazah Liyana Musfirah berkongsi bagaimana golongan wanita yang mengalami haid dapat terus meraih manfaat sepanjang Ramadan. - Foto BH oleh NATASHA MUSTAFA

Ramadan adalah bulan yang menyaksikan ramai berusaha meningkatkan ibadah dan memperkukuh iman mereka.

Namun, bagi golongan wanita, pengalaman tersebut mungkin berbeza, terutama apabila mereka mengalami haid semasa Ramadan.

Meskipun dalam Islam, ia jelas dan merupakan satu fitrah, stigma budaya kadangkala membuat ramai wanita berasa malu atau serba salah apabila mereka tidak dapat berpuasa dan menunaikan ibadah.

Menurut penceramah motivasi yang juga pempengaruh media sosial, Ustazah Liyana Musfirah, ketika seorang wanita mengalami haid, ia bukan sesuatu yang memalukan atau sepatutnya disembunyikan.

“Sebenarnya, haid itu bukan satu aib.

“Ia adalah satu realiti bagi setiap orang wanita dan ia bukan sahaja satu fitrah bahkan sesuatu yang sihat bagi badan kita,” katanya satu episod NoTapis edisi Ramadan, siri podcast Berita Harian.

Namun, ramai wanita yang berasa tertekan untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka tidak berpuasa kerana bimbang tentang pandangan orang lain.

Mengulas hal demikian, pengasas, Hayaa’ Network itu menjelaskan bahawa wanita yang mengalami haid itu tidak perlu makan atau minum secara sembunyi untuk menjaga perasaan mereka yang berpuasa.

Sebaliknya, adab yang mereka harus jaga adalah lebih penting.

“Jika anda dalam keadaan haid, awak disahkan makan kerana Allah swt sudah memberi awak cuti.

“Tetapi, memandangkan ia Ramadan, anda tetap harus menghormati bulan mulia ini dan juga mereka yang berpuasa.

“Caranya adalah untuk minta diri dari tempat tersebut untuk makan dan minum,” katanya sambil menambah bahawa ini adalah salah satu cara untuk menjaga adab menghormati bukan Ramadan.

Ustazah Liyana Musfirah menjelaskan bahawa wanita yang mengalami haid tidak perlu makan atau minum secara sembunyi untuk menjaga perasaan mereka yang berpuasa.
Ustazah Liyana Musfirah menjelaskan bahawa wanita yang mengalami haid tidak perlu makan atau minum secara sembunyi untuk menjaga perasaan mereka yang berpuasa. - Foto BERITA HARIAN

Satu lagi isu yang sering timbul semasa seorang wanita mengalami haid adalah jangkaan bahawa wanita perlu memikul lebih banyak tanggungjawab rumah tangga kerana mereka tidak berpuasa.

Dalam sesetengah keluarga, wanita yang sedang mengalami haid diminta untuk memasak, membersihkan rumah dan menjalankan tugas lain sementara anggota keluarga yang lain memberi tumpuan kepada ibadah.

“Kita ini bukan sesuatu pertandingan siapa yang lagi banyak tenaga, siapa yang tak puasa, siapa yang puasa.

“Masa kita dalam keadaan haid, kita sebenarnya dalam keadaan yang sangat lemah dan perlu rehat,” jelas penceramah motivasi itu.

“Jadi jangan, gunakan itu sebagai landasan untuk paksa mereka melakukan kerja-kerja tambahan,” nasihatnya sambil mendorong keluarga untuk bergotong-royong melakukan kerja bersama bagi mengurangkan beban keluarga.

Walaupun ada yang rasa mereka tidak dapat berpuasa dan solat ketika haid, Ustazah Liyana berkata ia tidak menghalang mereka untuk terus beribadah pada bulan mulia ini.

Antara amalan lain yang boleh dilakukan termasuk berdoa, membaca ayat Al-Quran yang dihafal, bersedekah atau membantu orang lain dalam ibadah mereka seperti menjaga anak-anak kecil di masjid supaya ibu bapa mereka boleh bersolat.

“Banyak sebenarnya yang anda dapat lakukan.

“Ibadah bukan sahaja perkara yang kita lakukan berdasarkan rukun Islam,” katanya.

“Amalan-amalan lain yang kita dapat lakukan untuk membantu mereka yang berpuasa, juga ibadah bagi anda,” tekannya.

Dengan mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam tentang hal ini, keluarga dan masyarakat dapat memastikan Ramadan bulan yang dapat diraihkan semua, tanpa stigma atau beban yang tidak wajar, kata Ustazah Liyana.

Watch on YouTube

Jika anda dalam keadaan haid, awak disahkan makan kerana Allah swt sudah memberi awak cuti. Tetapi, memandangkan ia Ramadan, anda tetap harus menghormati bulan mulia ini dan juga mereka yang berpuasa. Caranya adalah untuk minta diri dari tempat tersebut untuk makan dan minum.
Ustazah Liyana Musfirah.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg