Topic followed successfully
Go to BHkuWibawa Yatim Dohon di mata Yatiman
Premium
Wibawa Yatim Dohon di mata Yatiman
Tuan Haji Mohd Yatim Dohon antara pemimpin penting masyarakat Melayu. Demikian pandangan YATIMAN YUSOF yang pernah bersama belasan siswazah menyahut seruannya pada 1970-an.
Jan 26, 2015 | 5:38 AM
Wibawa Yatim Dohon di mata Yatiman
TUAN HAJI MOHD YATIM DOHON: Dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, beliau dilihat sebagai tokoh pemimpin yang berwibawa, teguh dalam mengejar cita-cita membangun masyarakatnya. - Foto -
SAYA mengenali Tuan Haji Mohd Yatim Dohon pada hujung 1960-an sewaktu masih menuntut di Universiti Singapura apabila beliau mengambil alih pimpinan Persatuan Persuratan Pemuda-Pemudi Melayu (4PM) daripada Haji Mansor Fadzal (almarhum).
Selepas Majlis Pusat (MP) didaftarkan pada 14 April 1970, saya berkesempatan mengenali beliau dengan lebih dekat selaku wakil Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Singapura (PBMUS) dalam Mesyuarat Agungnya.

