Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Wujud peluang kerjasama antara S'pura, Uzbekistan: ahli akademik Uzbek

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



JARAK yang memisahkan Uzbekistan dan Singapura adalah lebih 5,000 kilometer, manakala budaya kedua-dua masyarakat itu juga mungkin berbeza.



Namun, jurang itu tidak harus menjadi penghalang bagi negara Asia Tengah dan Asia Tenggara tersebut, termasuk antara masyarakat Islam kedua-dua negara, untuk berganding bahu dan belajar daripada satu sama lain.



Demikian harapan yang dilahirkan seorang akademik Uzbek, Dr Ashirali Abdirashidov, dekan fakulti ekonomi Islam dan perhubungan antarabangsa di Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan, yang melawat Singapura baru-baru ini.



Pihak beliau sedang meneroka peluang bekerjasama dengan Singapura untuk menyediakan peluang program pertukaran bagi guru agama, pelajar dan karyawan.



"Kami berharap dapat mempunyai kerjasama yang berhasil bagi kedua-dua pihak," ujar Dr Ashirali apabila ditemui Berita Harian selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Braddell Road pada 27 Disember lalu.



Terletak di ibu kota Tashkent, Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan berada di bawah naungan Jawatankuasa Ehwal Keagamaan dalam Kabinet Menteri dan Lembaga Muslim Uzbekistan.



Dr Ashirali mengalu-alukan warga Singapura, termasuk guru agama dan penyelidik, untuk menziarahi negara tersebut yang kaya dengan sejarah.



"Bagi orang Islam di Singapura, pintu kami terbuka.



"Kami mempunyai institut khas yang menyimpan lebih 1,000 manuskrip yang ditulis ulama dalam bahasa Arab, Turkey, dan lain-lain lagi, yang boleh dimanfaatkan golongan penyelidik," kata Dr Ashirali, yang sudah setahun menyandang jawatan sebagai dekan.



Ternyata, pelancongan Islam merupakan salah satu tarikan di Uzbekistan.



Beberapa wilayah di negara itu seperti Bukhara dan Samarkand merupakan tempat kelahiran dan bersemadinya ulama tersohor seperti perawi hadis Imam Al-Bukhari (194 Hijrah-256 Hijrah) dan Imam At-Tirmizi (209H-279H), serta Imam Al-Maturidi (230/240-an H- 333H).



Pada masa yang sama, ramai warga Uzbekistan juga berminat untuk melawat Singapura, kata Dr Ashirali.



"Ramai yang kagum dengan pentadbiran di Singapura," ujarnya.



Beliau turut meluahkan rasa kagumnya terhadap keharmonian di Singapura dengan pelbagai kaum dan agama yang hidup aman bersama satu sama lain.



Menyentuh tentang cabaran yang dihadapi masyarakat Uzbekistan yang majoritinya Muslim bermazhab Imam Hanafi, Dr Ashirali menarik perhatian beberapa isu termasuk fahaman pelampau dan Islamofobia.



"Masalahnya adalah orang Islam dan bukan Islam tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. Islam bermakna kedamaian.



"Matlamat kita haruslah untuk memberi maklumat yang betul kepada serata dunia," kata Dr Ashirali.



Katanya lagi, Uzbekistan kini sedang melalui proses 'kelahiran semula' penghayatan agama Islam, selepas negara itu mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991.



Dengan lebih 32 juta penduduk, Uzbekistan kini merupakan negara Asia Tengah dengan paling ramai penduduk.



Pada 2018, GDP negara itu tumbuh 5.1 peratus untuk mencecah lebih AS$50.5 bilion ($68 bilion), menurut perangkaan daripada Bank Dunia.




SEKILAS TENTANG UZBEKISTAN



- Lebih 32 juta penduduk



- Majoriti penduduk beragama Islam bermazhab Imam Hanafi



- GDP tumbuh 5.1%, cecah lebih AS$50.5 bilion ($68 bilion) pada 2018



- Tempat kelahiran ulama tersohor seperti perawi hadis Imam Al-Bukhari (194 Hijrah-256 Hijrah) dan Imam At-Tirmizi (209H-279H), serta Imam Al-Maturidi (230/240-an H- 333H)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >