Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

1MDB, 10 syarikat saman Rosmah Mansor AS$346j, tuntut kembalikan barangan mewah yang dibeli

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

1MDB, 10 syarikat saman Rosmah Mansor AS$346j, tuntut kembalikan barangan mewah yang dibeli

May 10, 2024 | 07:30 PM



KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikat serta empat yang lain, memfailkan saman terhadap Rosmah Mansor berhubung ribuan barangan mewah bernilai AS$346 juta ($468.3 juta) didakwa dibeli menggunakan dana syarikat itu yang diselewengkan.

Kesemua syarikat terbabit yang bertindak selaku plaintif turut menuntut isteri bekas perdana menteri, Najib Razak, itu membayar AS$346,010,489 atau jumlah yang ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi.

Kesemua plaintif ialah 1MDB dan lima anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd.

Plaintif lain adalah syarikat pesisir luar iaitu Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

Saman itu menamakan Rosmah sebagai defendan pertama manakala Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan kedua.

Plaintif mendakwa bahawa barangan mewah berkenaan, iaitu antara lain ribuan barangan jenama barang kemas, jam tangan dan beg tangan, telah dibeli oleh atau untuk Rosmah, bukan dengan wang sendiri tetapi dengan dana yang diselewengkan daripada anak syarikat 1MDB.

Menurut plaintif, dana itu disalurkan melalui pelbagai entiti luar pesisir termasuk Affinity Equity, Alsen Chance, Blackrock, Blackstone dan Brightstone sebelum dibayar kepada 48 vendor berbeza daripada 14 bidang kuasa bagi pembelian barangan mewah berkenaan iaitu sebanyak 320 bayaran berjumlah AS$346,010,489.

Blackrock dan Blackstone adalah syarikat dikaitkan dengan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu Eric Tan.

Sehubungan itu, mereka menuntut perisytiharan bahawa 1MDB dan lima anak syarikatnya (plaintif pertama hingga keenam) mempunyai kepentingan proprietari berekuiti atau kepentingan benefisial terhadap barangan mewah berkenaan yang dapat dikesan dalam pemilikan Rosmah.

Plaintif juga memohon perisytiharan bahawa Rosmah memegang barangan mewah itu dan hasilnya yang dapat dikesan atas amanah konstruktif bagi 1MDB dan anak syarikatnya.

Selain itu, mereka menuntut perisytiharan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya itu berhak untuk mengesan barangan mewah terbabit dan perisytiharan bahawa Rosmah bertanggungjawab kepada mereka (plaintif) selaku pemegang amanah konstruktif barangan berkenaan.

Selain itu, kesemua plaintif turut menuntut ganti rugi pampasan berekuiti, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan untuk ditaksirkan oleh mahkamah. – BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >