Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

PM Lee: Pertahankanlah politik istimewa S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Pertahankanlah politik istimewa S’pura

‘Cara S’pura’ bawa hasil cemerlang untuk warga, ujarnya yang turut sentuh mengenai ekonomi, perpaduan negara
serta pembangunan masyarakat Melayu/Islam dalam wawancara terakhir sebagai Perdana Menteri
May 10, 2024 | 06:00 PM



Cara Singapura menjalankan politik bukan sahaja agak istimewa, malah memberi hasil yang cemerlang. Justeru, Singapura perlu berpegang pada cara ini seberapa lama yang boleh kerana negara ini tidak akan dapat memperolehnya lagi jika ia dilepaskan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. 

Menurut Encik Lee, politik di negara ini mencapai hasil cemerlang dalam “segala-galanya” termasuk keselamatan, ekonomi, perumahan, pendidikan dan jagaan kesihatan.

“Untuk mendorong pemerintah berusaha sedemikian, untuk mencapai standard kehidupan sebegini di Singapura, untuk mempunyai pemimpin yang boleh berkata ‘Saya mempunyai sokongan rakyat. Saya telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan saya rasa saya telah berbuat demikian’... saya rasa ia satu keistimewaan berharga yang dimiliki warga Singapura. Peliharalah (keistimewaan) itu,” ujar Encik Lee lagi.

Encik Lee berkata demikian semasa menjawab soalan berkenaan politik yang baik yang diajukan media setempat dalam wawancara terakhir sebagai Perdana Menteri di Istana pada 26 April.







Dalam wawancara selama dua jam yang mencuit pelbagai emosi pada raut wajahnya, Encik Lee turut menyentuh mengenai beberapa perkara lain termasuk ekonomi, perpaduan negara dan perkembangan masyarakat Melayu/Islam, sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2004.

Encik Lee dijadual melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei, selepas 20 tahun memimpin Singapura.

Encik Lee, yang masih berperanan sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), akan beralih menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kanan.

Mengulas mengenai kemahuan sebahagian rakyat untuk diwakili suara pembangkang dalam Parlimen yang bertindak sebagai pemantau dan pemeriksa pemerintah walaupun masih mahukan pemerintah yang dibentuk PAP, Encik Lee berkata keadaan itu boleh menjejas mutu pemerintah.

Ini berlaku apabila masa yang seharusnya digunakan untuk membahaskan dasar demi manfaat warga Singapura turut diluangkan untuk berpolitik.

“Saya rasa mutu pemerintah akan merosot, dasar kita menjadi kurang kreatif. Hasilnya akan menjana manfaat yang berkurangan untuk warga Singapura dan pada satu masa nanti, sistem politik akan tidak berfungsi lagi. Ia satu risiko,” ujar Encik Lee.

Berpaling pada sejarah, Encik Lee memberi contoh dua Pilihan Raya Umum – pada 1991 dan 2006 – di mana PAP berupaya membentuk pemerintah pada Hari Penamaan Calon apabila pembangkang hanya menandingi minoriti kerusi dan berjaya memenangi beberapa kerusi.

Pada 1991, pembangkang memenangi empat kerusi kawasan undi perseorangan berdasarkan strategi ‘pilihan raya kecil’ yang ditampilkan oleh mantan Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Chiam See Tong, yang berjaya di SMC Potong Pasir.

Keputusan itu bermakna pembangkang diwakili paling banyak kerusi dalam Parlimen sejak 1965.

Encik Chiam telah berkempen dengan cara menggesa pengundi supaya tidak bimbang mengundi pembangkang kerana PAP akan tetap membentuk pemerintah.

Perkara yang serupa berlaku pada Pilihan Raya Umum 2006 – tahun sama Encik Lee menjadi Perdana Menteri – apabila 47 daripada 84 kerusi ditandingi, kata Encik Lee.

Pada Pilihan Raya Umum 2020 pula, pembangkang berkata mereka menetapkan matlamat memenangi sepertiga kerusi Parlimen supaya dapat memantau pemerintah, kata Encik Lee.

Dalam Pilihan Raya Umum itu, PAP memenangi 83 kerusi, sementara Parti Pekerja (WP) memenangi 10 kerusi, termasuk merampas Sengkang GRC daripada PAP. 

Baru-baru ini, WP menekankan lagi matlamat jangka pertengahan dalam pilihan raya umum untuk memenangi sepertiga kerusi yang bermakna PAP tidak akan dapat menang dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk membuat pindaan perlembagaan.

Ini selepas Setiausaha Agung WP yang juga Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, menuntut pembetulan daripada Dr Gillian Koh berhubung artikel tulisannya yang diterbitkan oleh The Straits Times.


Dr Koh, menerusi artikel itu, menyatakan WP akan mengalihkan strategi untuk membentuk pemerintah di Pilihan Raya Umum seterusnya.

Merujuk kepada insiden itu, Encik Lee mempersoal hasrat pembangkang dan berkata tiada “jumlah yang selamat” bagi pembangkang dalam Parlimen.

“Ini adalah cara sistem berfungsi di mana-mana apabila pilihan raya diadakan. Anda perlu mengadakan pilihan raya kerana tanpanya, kita akan berdepan dengan masalah amat serius dalam politik. Dan kita perlu memastikan ia berfungsi sebaik mungkin.”

Justeru Encik Lee berkata rakyat Singapura perlu mempertahankan cara politik yang diamalkan di sini kerana ia tidak wujud di mana-mana negara lain di dunia, tidak kira sistem demokrasi atau bukan.

“Ada kebenaran, ada mandat, ada juga kekangan dan ada juga kesinambungan. Ia menakjubkan,” ujar beliau.

“Jika anda meninggalkannya (politik yang diamalkan di Singapura), anda tidak boleh berpulang kepadanya lagi.  Ada orang bertanya bagaimana politik diamalkan di Singapura… saya menerangkan kepada mereka. Mereka melihat saya dan sangka saya seperti orang dari Marikh. Mereka tidak boleh membayangkan sesuatu seperti ini berlaku di negara masing-masing.”

Dalam pada itu, menyentuh mengenai peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu/Islam di Singapura, Encik Lee berkata masyarakat Melayu/Islam di sini telah menunjukkan banyak kemajuan sejak 20 tahun lalu dan telah membantu pemerintah menguruskan isu-isu yang timbul dan mendekatkan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >