Sekitar 40 penduduk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Blok 25, Eunos Crescent telah meninggalkan flat mereka menyusuli kebakaran yang berlaku di koridor dan tangga tingkat tiga blok berkenaan pada 15 April.
Video yang dimuatnaikkan di TikTok menunjukkan asap hitam berkepul-kepul dari blok itu, dengan penduduk menyaksikan anggota bomba tiba bagi memadamkan api yang sedang marak.
Menjawab pertanyaan media, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 6.45 petang.
Kebakaran melibatkan barang-barang yang diletakkan di sepanjang koridor berkenaan berjaya dipadamkan dengan menggunakan dua pancutan air.
SCDF dan polis memindahkan kira-kira 40 orang dari unit-unit kediaman berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.
Tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF, sambil menambah punca kebakaran sedang disiasat.
Dalam hantaran di Facebook pada 16 April, Anggota Parlimen GRC Marine Parade yang mentadbir kawasan tersebut, Encik Mohd Fahmi Aliman, melahirkan penghargaan kepada anggota bomba yang telah memadamkan kebakaran dan membantu polis memindahkan penduduk dari unit-unit berdekatan.
Tesla telah menyelesaikan beberapa rintangan kawalan pemerintah yang telah lama menghalangnya daripada melancarkan perisian pemanduan sendiri di China, membuka jalan membuahkan hasil menggalakkan
Jejantas bukan sahaja membantu pejalan kaki menyeberang jalan raya sibuk dan ekspreswe, bahkan berupaya membantu haiwan liar menyeberang jalan dengan selamat.
Biarpun Singapura dipenuhi bangunan bandar
“Sakit kepala saja.”
Menurut pakar saraf, ini adalah anggapan yang paling keliru tentang migrain bagi mereka yang menderita sakit kepala itu.
Yang pasti migrain bukan sekadar boleh reda dengan
Bagaikan kembali ke satu era hampir 40 tahun lalu, di mana sebilangan hadirin konsert baru sahaja meniti usia remaja dan berada di bangku sekolah menengah.
Sedang saya teringatkan kaset Debbie Gibson,
Kadang-kadang senget, kadangkala blur. Pendek kata, gambar yang diambil teman anda tak cantik!
Mulai 1 Mei, anda berpeluang kongsi contoh gambar tersebut dan ‘dedahkan’ mereka dalam satu pertandingan
Isteri sering memberitahu bahawa saya terlalu melindungi anak kami yang berusia tiga tahun.
Dalam erti kata lain, menjadi ‘overprotective’. Beliau juga akan mengatakan saya terlalu “manjakan anak”.
Ini
Sepanjang hidupnya sejak disahkan menghidap penyakit ginjal seawal usia empat tahun, Cik Nur Hailikha Mohd Haer, kini 35 tahun, telah melalui kehidupan yang mencabar.
Sebahagian besar hidupnya menuntut
Di ruang yang sibuk di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), kehadiran Cik Siti Hanim Abdul Rahim @ Siti Hanim Sarjo sangat menarik perhatian mereka yang mengenalinya.
Dengan gelak tawa dan semangat
Sejak beberapa tahun lalu, setiap kali saya ke Kuala Lumpur (KL) untuk apa saja urusan – baik kerana tugas, menziarahi atau sekadar bercuti, pasti saya akan ‘terbang’ sahaja – sejak badan cepat letih
Hari Ibu 2024 jatuh pada 12 Mei dan tentunya ramai anak-anak sudah mula merancang sambutan acara bahagia itu selain mendapatkan hadiah istimewa buat ibu tersayang.
Anda tidak ada idea apakah yang

Encik Fahmi, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berkata pasukannya dari Majlis Bandaran Marine Parade sedang berusaha untuk memulihkan bekalan tenaga elektrik di kawasan yang terjejas.
Di samping itu, ia turut memantau dan mengambil tindakan susulan dengan unit terjejas untuk menghulurkan bantuan.
“Jawatankuasa Penduduk Eunos juga akan dibuka untuk penduduk kami yang terjejas,” tambahnya.