Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Gabungan ilmu agama, kemahiran sekular jadi tukikan Madrasah Wak Tanjong

Oct 29, 2023 | 05:30 AM



Pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah semuda tujuh tahun telah diajar membaca Al-Quran, menulis kalimah dalam bahasa Arab, mengenal Allah swt dan Rukun Iman, mendalami Rukun Islam dan mendalami urusan ibadah lain.


Pelajar ini juga mempelajari dan didedahkan dengan akhlak mulia Rasulullah saw dan perjalanan hidup baginda menyebarkan Islam, dan ilmu lain yang berkaitan dengan agama.


Pada waktu sama, murid-murid ini mempelajari ilmu akademik dan sekular yang diperlukan untuk masa depan yang mantap, seperti bahasa Inggeris, matematik, sains dan pelbagai kemahiran lain, seperti kemahiran digital, berkomunikasi dengan pintar, dan segala kemahiran hidup yang diperlukan masa kini.

Menurut Mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, kepelbagaian dalam pembelajaran yang disediakan di Madrasah Wak Tanjong mampu memberikan pelajarnya kecemerlangan dalam kehidupan dan ilmu yang bermanfaat untuk masa depan yang cerah.

Ustazah Masnia berkata untuk menjadi warga negara dan Muslim yang baik, kita perlu ada keseimbangan dalam menjalani kehidupan duniawi dan ukhrawi.

“Ini bermakna, kita perlu bersiap sedia sewaktu hidup di dunia ini, dan mempunyai bekalan yang mencukupi selepas mati. Pendidikan madrasah memberikan peluang pelajar mendalami kededua bidang ini sejak usia kecil lagi.

“Murid-murid ini sejak kecil terdidik dengan ilmu duniawi serta ukhrawi, akhirnya akan keluar sebagai golongan yang diperlukan dalam masyarakat Islam apabila dewasa nanti. Sebagai contoh, menjadi tokoh agama berkaliber seperti mufti dan jawatankuasa fatwa, asatizah yang mengajar sepenuh masa atau sambilan, imam dan memimpin masjid kita, peguam syar’i yang menguruskan hal perkahwinan, perceraian dan urusan harta warisan dan sebagainya.

“Pendek kata, merekalah yang diharap pada masa depan untuk menguruskan ehwal masyarakat Islam dalamperkara yang tidak semua orang boleh lakukannya. Justeru, kewujudan madrasah terutama madrasah sepenuh masa, seperti Madrasah Wak Tanjong ini, perlu terus disokong dan dipastikan dapat meneruskan peranan yang penting ini bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di Singapura,” jelas Ustazah Masnia

SUMBANGAN KEPADA MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH


1. Paynow: UEN S55MM0002D.

2. Kiriman cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Pembayaran melalui Nets dan tunai di Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

4. Imbas kod QR yang tertera.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >