Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Urutan peristiwa kes wanita S’pura ditemui mati di Sepanyol

Apr 18, 2024 | 03:04 PM



Mayat wanita Singapura berusia 39 tahun yang hilang, Cik Audrey Fang Dirou, ditemui dengan kesan tikaman selepas tidak dapat dihubungi sejak 10 April lalu.

Berikut adalah urutan peristiwa yang berlaku. Semua masa yang dilaporkan adalah waktu Sepanyol, melainkan dinyatakan sebaliknya.

4 April (waktu Singapura): Cik Fang berlepas dari Singapura ke Sepanyol. Beliau dijadualkan pulang ke Singapura pada 12 April.


9 April: Cik Fang kali terakhir dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) hotelnya di Xabia pada 8.45 malam. Barang-barangnya masih berada dalam bilik hotel.


10 April: Cik Fang sepatutnya mendaftar keluar dari biliknya. Keluarganya kali terakhir berhubung dengannya pada 10 April waktu Singapura.


Secara berasingan, mayatnya ditemui di sebuah lori yang diletak di Abanilla di wilayah Murcia, menurut media Sepanyol. Mayat tidak dapat dikenal pasti pada masa itu.

11 April: Keluarga Cik Fang terus berusaha menghubunginya tetapi tidak berjaya. Mereka membuat laporan kepada Kementerian Ehwal Luar (MFA).


12 April: Abang Cik Fang pergi ke Lapangan Terbang Changi untuk menyambutnya pulang, tetapi mendapati beliau tidak menaiki penerbangan pulangnya. Abangnya membuat laporan polis pada hari yang sama.


16 April: Suspek, lelaki Singapura, telah ditahan oleh Pengawal Awam di wilayah Alicante, yang kemudiannya memindahkannya kepada rakan sekerja mereka di Murcia, menurut Olive Press. Media Sepanyol melaporkan lelaki itu telah ditangkap di sebuah hotel di Alicante, tempat dia menginap.


17 April: Didedahkan sekujur mayat tidak dikenali yang ditemui pada 10 April itu adalah Cik Fang. Pada 10.30 pagi waktu Singapura, seorang rakan keluarga, Cik Lee Si Hui, memberitahu The Straits Times (ST) bahawa beliau dan keluarga berada dalam pesawat ke Sepanyol.


18 April (waktu Singapura): Rakan keluarga mengesahkan berita itu ketika dihubungi ST, tetapi berkata keluarga itu tidak dapat berkongsi banyak maklumat kerana mereka sedang membantu siasatan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >