Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asia kira detik Tahun Baru dengan meriah

Jan 02, 2023 | 05:30 AM



ASIA menyambut tahun baru 2023 dengan acara mengira detik yang riuh dan meriah, namun ada yang meraikannya dalam cara yang lebih tenang.



Dari China hingga ke Filipina dan Indonesia, orang ramai menyambut kedatangan tahun 2023 dengan harapan dan azam baru.



Namun begitu, potensi gelombang pandemik baru dan keadaan ekonomi yang tidak menentu terus menjadi keprihatinan, meskipun kebanyakan sekatan Covid-19 di rantau ini telah ditarik balik.



Di China, sekatan ketat Covid-19 telah ditarik balik hanya bulan lalu.



"Virus ini sepatutnya pergi dan mati, tidak percaya tahun ini saya tidak dapat mencari kawan yang sihat yang boleh keluar bersama saya dan meraikan Tahun Baru", tulis seorang pengguna media sosial di Shandong.



Di Malaysia pula, kerajaan terpaksa membatalkan acara mengira detik tahun baru dan pertunjukan bunga api di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur selepas banjir di seluruh negara menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan kejadian tanah runtuh membunuh 31 orang bulan lalu.



Di Filipina, pertunjukan bunga api di atas Jambatan Jones di Manila menerangi langit, dengan kemeriahan serupa turut dilihat di Bangkok, Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >