TAIPEI: Dua kapal perang Amerika Syarikat belayar melalui Selat Taiwan yang sensitif semalam menyebabkan Beijing melahirkan bantahan.
Ini merupakan kali kedua misi itu dijalankan bulan ini dan hampir dua minggu selepas sebuah kumpulan kapal induk pesawat udara China menggunakan laluan yang sama.
China, yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya, marah dengan apa yang dilihatnya sebagai peningkatan sokongan Amerika terhadap Taiwan, termasuk penjualan senjata dan kapal perang yang belayar melalui Selat Taiwan.
Ini juga menyebabkan hubungan antara Beijing dengan Washington semakin tegang.
Tentera Laut Amerika berkata kapal antipeluru berpandu USS John S. McCain dan USS Curtis Wilbur telah menjalankan transit Selat Taiwan yang rutin semalam, sejajar dengan undang-undang antarabangsa.
"Laluan transit kapal itu menerusi Selat Taiwan menunjukkan komitmen Amerika kepada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
"Tentera Amerika akan terus terbang, belayar dan mengendali di mana-mana undang-undang antarabangsa membenarkannya melakukan demikian," ujar mereka.
Pada usia 24 tahun, Encik Fikri Amin Rohaimi, merupakan pengasas gerai Blackgoat yang berjaya menarik perhatian penggemar daging stik dan burger.
Bahkan, pelanggan sanggup beratur sebelum gerainya di
Pada usia 27 tahun, Cik Zarifah Rasid, merealisasikan impiannya untuk membuka restoran masakan Italy, The Fluffy Chef, pada September 2023.
Perjalanan kulinari Cik Zarifah bermula di Institut
Setiap kali menonton filem seram Indonesia, saya akan mengurangkan jangkaan.
Ini kerana sejak akhir-akhir ini, tidak banyak filem seram dari negara jiran itu yang bermutu tinggi dan dapat meninggalkan
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Pada usia 24 tahun, Encik Fikri Amin Rohaimi, merupakan pengasas gerai Blackgoat yang berjaya menarik perhatian penggemar daging stik dan burger.
Bahkan, pelanggan sanggup beratur sebelum gerainya di
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
Kalau awak tu masih baru lagi dalam industri hiburan dan belum banyak ilmu dan pengalaman, janganlah pula nak berlagak ‘terror’ dan mengatasi
Pada usia 27 tahun, Cik Zarifah Rasid, merealisasikan impiannya untuk membuka restoran masakan Italy, The Fluffy Chef, pada September 2023.
Perjalanan kulinari Cik Zarifah bermula di Institut
Setiap kali menonton filem seram Indonesia, saya akan mengurangkan jangkaan.
Ini kerana sejak akhir-akhir ini, tidak banyak filem seram dari negara jiran itu yang bermutu tinggi dan dapat meninggalkan
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Ini kali ke-13 Tentera Laut Amerika belayar di selat itu sepanjang 2020.
Kementerian Pertahanan China menyifatkan perbuatan itu sebagai satu provokasi dan tunjuk kuasa sambil menambah, kapal dan pesawat China turut mengekori kapal Amerika itu.
Tambahnya, laluan kapal itu memberi mesej yang salah kepada penyokong kemerdekaan Taiwan dan merupakan ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan.
"Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China sentiasa berjaga-jaga, memberi respons kepada semua ancaman dan provokasi serta tegas mempertahan kedaulatan negara dan kewibawaan wilayah," kata Kementerian Pertahanan China.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan pula berkata kapal itu belayar ke arah utara melalui selat tersebut dan menyifatkannya sebagai misi biasa.
Tambahnya, tentera Taiwan turut memantau pelayaran itu dan keadaannya adalah biasa.
Tentera China berkata mereka telah mengekori kapal perang terakhir Amerika yang melalui Selat Taiwan pada 19 Disember dan mengutuk misi tersebut.
Sehari selepas itu, tentera laut dan udara Taiwan turut dikerah apabila sebuah kumpulan kapal induk pesawat udara China yang dipimpin oleh kapal induk terkini negara itu, Shandong, belayar melalui Selat Taiwan.
China berkata mereka sedang dalam perjalanan ke latihan rutin di Laut China Selatan yang dibelenggu pertikaian sempadan ketika itu. - Reuters.