Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GEMPA LANDA SULAWESI

Usaha menyelamat diperhebat, korban cecah 45

Jan 17, 2021 | 05:30 AM



MAMUJU, INDONESIA: Para pegawai penyelamat terus bertungkus-lumus - dengan masa tidak menyebelahi mereka - untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap ekoran gempa kuat di kepulauan Sulawesi, Indonesia, yang telah sejauh ini mengorbankan puluhan nyawa dengan ratusan lagi cedera dan terus terperangkap di bawah runtuhan bangunan.



Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban ekoran gempa bumi sekuat 6.2 di skala Richter itu yang berlaku awal pagi kelmarin sekali gus mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk kepulauan tersebut, yang sebelum ini dilanda gempa dan tsunami yang membunuh ribuan orang pada 2018.



Semalam, puluhan lagi mayat telah dikeluarkan daripada runtuhan bangunan di Mamuju, sebuah bandar seramai 110,000 penghuni di wilayah Sulawesi Barat, manakala lainnya terkorban di bahagian selatan kepulauan tersebut.



"Data terkini yang kami miliki ialah 45 orang terkorban," kata Encik Arianto, pegawai agensi penyelamat Mamuju. Agensi tersebut malam kelmarin melaporkan 42 kematian.



Bagaimanapun agensi tersebut masih belum memberikan jumlah penduduk yang terperangkap di bawah bangunan termasuk sebuah hospital yang runtuh dengan puluhan pesakit dan kakitangan di dalamnya.



Sekurang-kurangnya sebuah hotel juga runtuh manakala pejabat gabenor wilayah turut mengalami kerosakan besar.



Sekitar 15,000 penduduk telah melarikan diri ke pusat perlindungan sementara dan hampir 190 dirawat bagi kecederaan serius.



Agensi kaji cuaca Indonesia juga telah memberi amaran mengenai risiko tsunami ekoran gempa susulan dan menasihatkan orang ramai untuk menjauhkan diri dari kawasan pantai. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >