Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Delegasi Kongres AS lawat Taiwan di tengah ketegangan dengan China

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: Sebuah delegasi Kongres Amerika Syarikat tiba di Taipei, kata pegawai-pegawai, beberapa hari selepas China mengadakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan sebagai respons terhadap kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, ke pulau itu baru-baru ini.



Kunjungan kelmarin tidak diumumkan dan berlaku selepas Cik Pelosi mencetuskan api kemarahan Beijing apabila beliau melawat Taiwan awal bulan ini.



Rombongan kelmarin adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan ketika ketegangan ketenteraan berterusan dengan China, dua minggu selepas lawatan Cik Pelosi.



Kedutaan Amerika di Taipei memaklumkan bahawa delegasi terbaru diketuai Senator Ed Markey dan turut disertai empat anggota kongres.



Ia disifatkan sebagai sebahagian daripada lawatan terbesar ke rantau Indo-Pasifik.



Lawatan Cik Pelosi dibalas Beijing dengan latihan tentera besar- besaran di udara dan laut yang belum pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mengundang risiko konflik.



China turut bertindak balas terhadap lawatan terbaru delegasi Amerika itu dengan agensi berita rasminya Xinhua menerbitkan laporan bertajuk Ahli politik AS harus berhenti bermain api berhubung isu Taiwan.



Delegasi diketuai Encik Markey, Senator Massachusetts, itu akan bertemu Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, dan menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh Menteri Luar negara itu, Encik Joseph Wu, menurut Kementerian Luar Taiwan.



Mereka membincangkan "hubungan Amerika-Taiwan, keselamatan serantau, perdagangan dan pelaburan, rangkaian bekalan global, perubahan iklim dan isu penting lain yang mempunyai kepentingan bersama", menurut Institut Amerika di Taiwan dalam satu kenyataan.



Delegasi itu juga bertemu dengan pemimpin dan ahli sektor swasta bagi membincangkan hal kepentingan bersama, termasuk mengurangkan ketegangan di selat Taiwan serta mengembangkan kerjasama ekonomi dalam pelaburan dan semikonduktor.



Taiwan memuji lawatan delegasi itu sebagai satu lagi tanda hubungan mesra antara Taipei dengan Washington.



"Kementerian Luar Taiwan mengucapkan selamat datang (kepada delegasi).



"Memandangkan China terus meningkatkan ketegangan di rantau ini, Kongres AS sekali lagi menganjurkan delegasi kanan untuk melawat Taiwan demi persahabatan dan tidak takut terhadap ancaman serta ugutan China sebagai bukti sokongan kuat Washington kepada Taipei," kata kementerian itu dalam satu kenyataan kelmarin.



Anggota lain delegasi itu ialah wakil rakyat Parti Demokrat, Encik John Garamendi dan Encik Alan Lowenthal dari California; Encik Don Beyer dari Virginia; dan wakil Samoa Amerika, Cik Aumua Amata Coleman Radewagen.



China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan telah mengatakan ia akan merampasnya secara paksa jika perlu.



Selama seminggu selepas lawatan Cik Pelosi, Beijing menghantar sejumlah kapal perang, peluru berpandu dan jet ke perairan dan ruang udara di sekitar Taiwan.



Dalam ulasannya kelmarin mengenai lawatan delegasi Kongres terbaru itu, Xinhua menyatakan wakil rakyat Amerika yang melawat Taiwan adalah individu oportunis yang memikirkan kepentingan politik mereka sendiri ketika pilihan raya separuh penggal Amerika pada November semakin hampir.



"Ahli-ahli politik AS yang bermain api dalam isu Taiwan harus membuang angan-angan mereka.



"Tiada ruang untuk tolak ansur atau mengalah apabila melibatkan kepentingan utama China," kata Xinhua.



Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan kelmarin bahawa ia mengesan 22 pesawat tentera dan enam kapal perang China beroperasi di sekitar Selat Taiwan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >