Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Google berhentikan 100 pekerja di YouTube

Jan 18, 2024 | 06:21 PM



SAN FRANCISCO: Google akan memberhentikan 100 pekerja di platform video YouTubenya, setelah memecat lebih 1,000 pekerja pada minggu lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Google, Encik Sundar Pichai, juga memberitahu kakitangannya supaya bersiap untuk menghadapi lebih banyak pemberhentian di syarikat itu pada tahun ini, lapor The Verge pada 17 Januari yang memetik satu pengumuman dalaman.


Dalam memo itu, Encik Pichai berkata langkah tersebut bertujuan membuang lapisan bagi memudahkan pelaksanaan dan meningkatkan kepantasan di beberapa bidang, menurut laporan itu.

Langkah pemberhentian terkini itu menunjukkan bahawa pemberhentian kerja akan diteruskan pada 2024 kerana syarikat tersebut ingin menggunakan perisian kecerdasan buatan dan automasi bagi meringankan beban kerja.

“Penyingkiran peranan ini bukan pada skala pengurangan tahun lalu, dan tidak akan menjejas setiap pasukan.

“Kami bercita-cita tinggi, dan akan melabur dalam keutamaan besar kami pada tahun ini,” kata Encik Pichai dalam memo tersebut, yang merujuk kepada syarikatnya memotong 12,000 pekerjaan pada 2023.

Syarikat teknologi itu pada 17 Januari memberitahu kakitangannya daripada operasi YouTube dan pasukan pengurusan pencipta bahawa jawatan mereka telah dihapuskan, menurut e-mel yang disemak oleh The New York Times.


YouTube, perkhidmatan video paling popular di dunia, mempunyai 7,173 orang setakat 16 Januari, menurut seseorang yang mengetahui jumlah tersebut.

“Kami telah membuat keputusan untuk menghapuskan beberapa peranan dan mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa rakan sepasukan kami,” kata ketua pegawai perniagaan YouTube, Cik Mary Ellen Coe, dalam notanya kepada pekerja.

Beliau menambah bahawa sesiapa sahaja di Amerika dan rantau Asia Pasifik yang akan atau mungkin terjejas “akan dimaklumkan pada penghujung hari ini”.

Pemberhentian itu terutamanya menjejas kumpulan pekerja yang menawarkan sokongan kepada jutaan pencipta kandungan YouTube, menurut dua sumber yang mengetahui tentang pemberhentian itu.

YouTube telah bergelut untuk pulih sepenuhnya daripada kelembapan pengiklanan pada 2023 dan telah bersaing dengan persaingan yang kuat daripada TikTok, perkhidmatan video pendek yang popular dengan pengguna yang lebih muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >