Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India, China ingin tentukan sendiri cara kurangi pelepasan karbon

May 05, 2023 | 05:30 AM



NEW DELHI: India, dengan disokong oleh China, cuba mendapatkan kata sepakat dalam kalangan negara perindustrian Kumpulan 20 (G20), untuk membenarkan negara masing-masing menentukan hala tujuan mereka sendiri dalam mengurangkan pelepasan karbon, dan bukannya menetapkan tarikh akhir bagi menamatkan penggunaan bahan pembakar fosil, kata tiga orang pegawai pemerintah India.



Selaku presiden G20, India berminat untuk perkenalkan frasa "pelbagai laluan tenaga" dalam satu kenyataan bersama yang akan dikeluarkan semasa sidang kemuncak kumpulan itu pada September 2023.



Usaha itu mendapat sokongan negara-negara termasuk China dan Afrika Selatan, kata salah seorang pegawai.



Ketiga-tiga pegawai berkenaan enggan memberikan pengenalan mereka, kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.



Pelbagai laluan, bagi peralihan penggunaan tenaga membolehkan negara masing-masing memilih sumber, termasuk arang batu, dalam usaha ke arah pelepasan sifar karbon.



Pada mesyuarat Kumpulan Kerja Peralihan Tenaga G20 (ETWG) di wilayah barat Gujerat pada April 2023, India menentang penentuan tarikh akhir yang disarankan oleh negara-negara kaya, untuk menghentikan penggunaan arang batu, kata pegawai itu yang ikut serta dalam mesyuarat tersebut.



Arang batu digunakan hampir 75 peratus bagi penjanaan tenaga elektrik di India setiap tahun, menurut data pemerintah negara itu.



New Delhi sejak dulu, pertahankan penggunaan bahan pembakar, dengan mengatakan pelepasan per kapita lebih rendah berbanding negara lain.



China menyokong India semasa mesyuarat itu dengan mengatakan bahawa tidak wajar menetapkan tarikh akhir bagi menghentikan penggunaan bahan bakar.



Ia ingin "menggunakan sepenuhnya" kesemua sumber yang diperolehnya," kata pegawai itu lagi.



Kedua-dua negara ini adalah pengguna paling banyak arang batu di dunia.



Menteri luar dan alam sekitar China, tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dikirimkan oleh agensi berita Reuters.



Kementerian kuasa tenaga India pula, enggan memberi sebarang ulasan. Sementara kementerian alam sekitarnya juga tidak memberi respons.



Para menteri ehwal iklim negara-negara kaya Kumpulan Tujuh (G7), bersetuju "mempercepat penghentian penggunaan bahan bakar, demi mencapai matlamat pelepasan sifar, menjelang 2050.



Pegawai-pegawai itu berkata, inilah pertama kalinya India menggunakan frasa "pelbagai laluan" dalam rundingan-rundingan iklim global, bagi membidas desakan berulang kali pihak Barat supaya menghentikan penggunaan bahan bakar.



India dan China, dua buah negara yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai di dunia, sering sependapat dalam hal iklim antarabangsa, walaupun mereka bertelagah dalam hal penentuan sempadan antara dua negara.



New Delhi akan menjadi tuan rumah sidang puncak G20 pada September 2023, yang akan dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan Presiden China, Encik Xi Jinping.



G20 dianggotai Amerika, Russia, China, India, Brazil, Australia dan Arab Saudi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >