Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi minta pemerintah wilayah guna peruntukan tangani inflasi

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, kelmarin berkata beliau telah meminta pemerintah wilayah menggunakan peruntukan belanjawan mereka bagi menangani kos pengangkutan dan mengekang kesan inflasi disebabkan kenaikan harga minyak minggu lalu.



Berdepan tekanan bagi mengawal subsidi minyak yang terus melonjak, Presiden Widodo telah menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak 30 peratus pada Sabtu lalu, hingga mengakibatkan rakyat mengadakan bantahan di serata negara seramai 270 juta orang itu.



"Perkiraan oleh para menteri saya adalah (inflasi akan) naik sebanyak 1.8 peratus. Itu pun jika kita tidak berbuat apa-apa. Saya tidak mahu tidak berbuat apa-apa, kita harus campur tangan," katanya, merujuk kepada kesan lanjut inflasi disebabkan kenaikan harga minyak.



"(Pemerintah) Wilayah mesti ambil tindakan seperti semasa (pandemik)," kata presiden itu, dan menambah, beliau telah memberitahu pemimpin wilayah untuk menggunakan peruntukan belanjawan mereka bagi menampung kenaikan kos pengangkutan, terutama sekali untuk pengagihan makanan asas seperti bawang dan telur.



Kadar inflasi Ogos adalah 4.69 peratus, hampir mencecah kenaikan tertinggi dalam tujuh tahun dan melepasi sasaran bank pusat untuk tiga bulan berturut-turut disebabkan kenaikan harga makanan.



Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di bandar besar di seluruh Indonesia bagi meningkatkan tekanan kepada pemerintah untuk membatalkan kenaikan harga bahan api bersubsidi yang pertama dalam tempoh lapan tahun di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi.



Menjelang tengah hari ini, tunjuk perasaan dijalankan di dalam dan sekitar ibu kota Jakarta dan di bandar raya Surabaya, Makassar, Kendari, Aceh, dan Yogyakarta, antara siri tunjuk perasaan yang diketuai oleh pelajar dan kesatuan pekerja yang menurut polis boleh menarik puluhan ribu orang.



Beribu-ribu polis dikerahkan di seluruh Jakarta, kebanyakannya mengawal stesen minyak, bimbang mereka boleh menjadi sasaran kemarahan yang meningkat terhadap kenaikan harga yang dikatakan oleh kesatuan sekerja akan merugikan pekerja dan golongan miskin bandar.



"Pekerja benar-benar menderita sekarang ini," kata Abdul Aris, seorang pegawai kesatuan.



"Harga itu tidak sepatutnya dinaikkan," katanya, berikrar untuk terus berjuang sehingga pemerintah memberi laluan. Bantahan bermula secara aman, tanpa laporan awal keganasan atau penangkapan.



Beribu-ribu orang berkumpul di Jakarta memakai bandana merah atau oren, berarak dan melaungkan slogan mengecam tindakan pemerintah dan menyeru kenaikan gaji minimum.



Seorang penunjuk perasaan dilihat tidak berbaju dengan kaki dibelenggu ke tangki petrol kosong, membawa papan tanda yang menunjukkan kesukaran kenaikan kos.



Pekerja kilang tekstil, Encik Adi Asmadi, 29 tahun, berkata perbelanjaan pengangkutan hariannya akan meningkat dengan mendadak.



"Jika harga bahan api dinaikkan dan gaji juga meningkat, itu tidak mengapa. Jika tidak, kami membantah," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >