Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah denda langgar SOP darurat akan dinaikkan

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysa sedang meminda Ordinan Darurat, yang sedang berkuat kuasa, untuk meningkatkan jumlah denda terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19.



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana masih ramai orang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan.



"Saya nak maklumkan, oleh kerana masih banyak yang gagal patuh SOP, kerajaan sedang menggubal Ordinan Darurat untuk tingkatkan lagi kompaun terhadap individu dan syarikat.



"Begitu juga apabila (pihak yang melanggar SOP) dibawa ke mahkamah, hukuman akan ditingkatkan lagi," katanya dalam satu sidang media semalam.



Menerusi undang-undang sedia ada, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 hanya memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 ($320) kepada mereka yang melanggar SOP ketika wabak.



Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 11 Januari juga tidak menyatakan denda terhadap pelanggaran SOP.



Awal dari ini, Datuk Ismail Sabri berkata Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik Covid-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami.



Beliau berkata proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus dengan membuat ordinan baru tanpa perlu melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen, yang mengambil masa.



"Bila kita isytihar darurat, kita boleh buat undang-undang di bawah ordinan darurat untuk tingkatkan kompaun. Contohnya, mungkin denda terhadap syarikat yang melanggar peraturan dinaikkan dan perkara itu sedang dikaji oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).



"Undang-undang ini juga bertujuan mencegah berlaku kesalahan yang berulang. Sekiranya dinaikkan jumlah denda, mungkin individu atau syarikat akan berasa takut untuk mengulangi kesalahan sama," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama agensi berita negara Bernama baru-baru ini.



Dalam satu perkembangan sama, Datuk Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 494 individu lagi bagi kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara



Daripada jumlah itu, 464 individu dikenakan denda kompaun sementara 29 direman dan seorang dibebaskan dengan ikat jamin polis.



Kesalahan tersebut termasuk tidak memakai pelitup muka, merentas negeri tanpa kebenaran dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >