Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan hak asasi prihatin remaja perempuan ‘parah diserang’ polis Iran

Oct 05, 2023 | 05:07 PM



TEHERAN: Kumpulan hak asasi manusia menyeru agar dilakukan siasatan antarabangsa ke atas pasukan polis moral Iran, yang dikatakan bertindak keterlaluan terhadap seorang remaja selepas diserang dalam kereta api bawah tanah Teheran.


Remaja itu, yang dikenali sebagai Armita Garawand, cedera parah dalam konfrontasi dengan pegawai polis wanita dalam kereta api metro di Teheran.

Kes itu kini viral di media sosial menyusuli sebuah video menunjukkan remaja berkenaan bersama rakannya yang tidak bertudung ditolak oleh polis wanita dan kemudian sekujur tubuh tidak bergerak dibawa keluar.

Perkara itu dinafikan oleh pihak berkuasa Iran, yang mendakwa gadis itu “pengsan” kerana tekanan darah rendah dan tidak membabitkan tindakan pasukan keselamatan.

Pihak berkuasa Iran berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang peningkatan ketegangan sosial selepas setahun kematian Cik Mahsa Amini pada 16 September, yang maut dalam tahanan selepas ditangkap kerana didakwa melanggar peraturan pakaian yang ketat untuk wanita.

Kematiannya mencetuskan bantahan selama beberapa bulan, menggemparkan kepimpinan ulama Iran, yang menyaksikan ribuan ditangkap dan ratusan terbunuh.

“Seorang lagi wanita muda di Iran sedang berjuang demi nyawanya. Hanya kerana menunjukkan rambutnya di dalam kereta api bawah tanah,” tulis Menteri Luar Jerman, Cik Annalena Baerbock di X, yang dulunya dikenali sebagai Twitter.

“Ini tidak dapat diterima,” tambahnya

Encik Abram Paley, Duta Khas sementara Amerika Syarikat ke Iran, menyatakan dalam catatan di X bahawa Washington “terkejut dan bimbang tentang laporan yang mengatakan polis moral Iran menyerang” remaja tersebut.

“Kami mengikuti berita tentang keadaannya. Kami terus bersama rakyat Iran yang berani dan bekerjasama dengan dunia untuk mengadili rejim itu atas penyalahgunaan kuasa,” tambah Encik Paley.

Kumpulan Hak Asasi Iran yang berpangkalan di Norway mendesak “penyiasatan antarabangsa yang bebas” dan menuduh Teheran mempunyai “sejarah panjang memutarbelitkan fakta dan menyembunyikan bukti kejahatan mereka”.

“Republik Islam terus mengganggu dan menindas wanita di bawah kedok memerangi pelanggaran hijab mandatori,” kata pengarah kumpulan tersebut, Encik Mahmood Amiry-Moghaddam.

Kumpulan hak asasi manusia Kurdish, Hengaw, mengatakan Garawand kini dirawat di bawah kawalan keselamatan ketat di hospital Fajr Teheran dan pada masa ini tiada pelawat dibenarkan, termasuk ahli keluarganya.

Pusat Hak Asasi Manusia di Iran (CHRI), yang berpangkalan di New York, berkata wanita dan gadis “menghadapi peningkatan keganasan, penangkapan sewenang-wenangnya dan peningkatan penindasan selepas Republik Islam itu mengaktifkan semula rondaan polis”.

Tiada sebarang komen diterima daripada Kementerian Dalam Negeri Iran ketika ia diminta mengulas mengenai kejadian itu.

“Kami mengikuti kesnya dengan teliti. Beliau koma di unit rawatan rapi hospital dan keadaannya kritikal... saudara-maranya berkata ada ramai pegawai keselamatan di hospital,” dakwa seorang aktivis di Iran.

Ketua Syarikat Operasi Metro Teheran memberitahu agensi berita Irna bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan sebarang tanda konflik lisan atau fizikal antara penumpang atau pekerja syarikat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >