Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima negara minta Mahkamah Jenayah Antarabangsa siasat perang Israel-Hamas

Nov 18, 2023 | 06:12 PM



THE HAGUE: Lima negara pada Jumaat menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menjalankan siasatan terhadap perang Israel-Hamas yang telah menyebabkan ribuan orang terbunuh, menurut ketua pendakwa rayanya.


Ketua pendakwa raya ICC, Encik Karim Khan, berkata Afrika Selatan, Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti – kesemuanya anggota ICC – telah meminta siasatan dijalankan mengenai keadaan di Palestin.

Malah menurut Afrika Selatan, permintaan itu dibuat untuk memastikan ICC memberi perhatian segera kepada “situasi yang teruk” di Palestin.

ICC sudah pun melancarkan siasatan, yang masih berlangsung, terhadap situasi di Palestin bagi dakwaan jenayah perang pada sejak 13 Jun 2014.

Pada Oktober, Encik Khan berkata bidang kuasa pihaknya termasuk ke atas serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober dan sebarang jenayah yang dijalankan sebagai sebahagian respons Israel termasuk pengeboman di Jaluran Gaza.

Namun oleh kerana sudah ada siasatan yang masih berlangsung, permintaan lima negara itu pada Jumaat akan mempunyai kesan yang terhad.

Menerusi satu kenyataan, Encik Khan, yang baru-baru ini telah berkunjung ke persimpangan utama antara Gaza dengan Mesir, berkata pasukannya telah mengumpul “jumlah bukti yang ketara” mengenai “insiden berkaitan” dalam perang.

Encik Khan berkata bahawa siasatan terhadap peristiwa di Jaluran Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel bermula pada Mac 2021 dan kini “dilanjutkan ekoran peningkatan permusuhan dan keganasan sejak serangan yang berlaku pada Oktober 2023”.

Israel bukan anggota ICC.

Bagaimanapun menurut ICC, mereka boleh menyiasat rakyat dari negara yang bukan anggota ICC dalam keadaan tertentu.

Ini termasuk apabila jenayah didakwa berlaku di wilayah negara anggota ICC.

Wilayah Palestin disenarai sebagai anggota ICC sejak 2015. – Agensi berita.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >