Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Masalah bekalan beras tempatan: Usul premis kerajaan guna beras import

Sep 29, 2023 | 12:22 PM



BENTONG (Pahang): Kerajaan Malaysia bercadang melaksanakan langkah campur tangan segera bagi mengatasi masalah bekalan beras tempatan di pasaran dengan mengesyorkan penggunaan beras import di premis kerajaan buat sementara waktu.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata cadangan supaya hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah menggunakan beras import bersubsidi akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan beras tempatan di premis kerajaan berkenaan buat masa ini adalah tinggi.

“Kementerian akan membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 2 Oktober ini.

“Kita gunakan beras setempat ini untuk orang awam, maka (premis) kerajaan beli beras import dengan harga (bersubsidi) yang tidak tinggi, mungkin dalam RM32 ($9.33) hingga RM35 sekampit,” katanya menurut laporan Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Sembang Santai Perpaduan di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang pada Khamis malam.

Sementara itu, Datuk Mohamad berkata India dijangka memberi jawapan sama ada negara itu akan menarik semula sekatan eksport beras putih ke Malaysia dan kembali mengeksport beras ke negara ini, pada minggu depan.

Sebelum ini, Datuk Mohamad dilaporkan berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari India bagi menyatakan hasrat Malaysia agar negara itu terus mengeksport beras putih ke negara ini.

Mengenai dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan berpunca daripada tindakan pembekal menyorokkan stok, beliau menafikan perkara berkenaan dan menjamin tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau meminta orang ramai agar tidak mengambil tindakan melulu dan menyerbu mana-mana premis yang disyaki menyorok bekalan beras tempatan.

“Jangan kita ambil undang-undang di tangan kita sendiri. Kalau ada kita dengar (berlaku penyorokan bekalan) kita lapor, insya-Allah pegawai penguat kuasa akan bertindak.

“Lapor kepada kementerian yang berkaitan atau buat laporan kepada pihak polis,” katanya.

Isu kekurangan bekalan beras tempatan meruncing di pasaran yang berlaku serentak dengan lonjakan harga beras import di negara ini sehingga melebihi RM45 bagi setiap 10 kilogram meresahkan rakyat pelbagai lapisan.

Lantaran itu kerajaan sedang berusaha mencari alternatif dan mekanisme penyelesaian segera, terutama dalam membantu rakyat terbanyak daripada golongan kurang berkemampuan dan bergaji rendah yang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >